Kisah Usaha Gigih Pengutip Barangan Terpakai

      3 Comments on Kisah Usaha Gigih Pengutip Barangan Terpakai
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Dah sampai kampung ke dah yop? ke ada yang masih sangkut dalam jem kat lebuhraya? hati-hati sikit memandu time-time raya nih. Kereta banyak, jalan sesak, pemandu-pemandu ramai yang hilang sabar bila dah tersangkut lama-lama dalam jem.

Raya kali ni, aku tak balik awal ke kampung. InsyaAllah lepas zohor raya pertama nanti baru aku bergerak balik ke Kuantan. Biasanya, takde jem dah kalau balik waktu macam ni.

OK, kali ni aku nak share cerita pasal pengutip barangan terpakai (kita singkatkan jadi PBT lah). Korang sure pernah terserempak dengan mereka ni kan. Ada macam-macam kategori PBT. Ada yang bawak lori pickup, ada yang naik motor, ada yang naik basikal (ada yang modify basikal jadi roda tiga) dan ada jugak yang jalan kaki bawak kereta sorong (atau trolly pasaraya – musykil dari mana dia dapat, ke cilok? hehe).

Mereka akan ronda-ronda keliling kawasan rumah kedai, kilang-kilang, taman perumahan untuk cari kotak, besi buruk, tin minuman, botol kaca, botol plastik, surat khabar lama dan apa saja yang boleh ditukar menjadi duit.

Sekali imbas, kita tengok kesian kat diaorang ni. Terutama kalau PBT tu pakcik tua dan uzur yang terbongkok-bongkok selak timbunan sampah dan pikul guni besar dekat belakang. Sekarang ni semua bangsa aku tengok dah jadikan profession kutip barangan terpakai ni. Ada yang melayu, cina dan india. Kira semangat 1Malaysia lah.

Kalau dekat area Chow Kit dan bandaraya KL, pakcik dan makcik ni terpaksa “compete” dengan “doktor cucuk sendiri” (drug addict) yang ramai jadikan profession ni sebagai mata pencarian sampingan untuk dapatkan “bekalan” harian mereka. Sebab tu, jarang nampak PBT veteran dekat Chow Kit. Ada tu ada, tapi tak berapa ramai.

Masa mak mertua aku masuk wad di HKL awal tahun aritu, aku dok perati sorang PBT muda dok check tong sampah satu demi satu. Ada teknik dia cari barang. Dia tak main selongkar gitu je, dia angkat dulu penutup tong, tinjau dan kalau ada apa yang dia cari, dia akan ambik dan tutup balik tong tanpa sepahkan. PBT beretika hehehe. Ada jugak PBT yang takde etika, dia main selongkar dan sepah-sepahkan aje sampah yang ada, janji dia dapat apa yang dia nak.

Dekat taman perumahan aku ni ada sorang PBT yang naik motor dan sangkut barang2 yang dia jumpa dekat handle, tempat duduk belakang dan kat mana-mana bahagian yang dia boleh sangkut dan ikat. Kadang tu aku tengok dah macam motor Sarkis. Aku rasa dia buat kerja ni fulltime, sebab nampak ada je memanjang dok round cari barang.

Dia ni aku nampak kategori PBT professional hehe. Sebab dia macam ada waktu kerja. Pagi-pagi lagi (waktu subuh) dia dah naik motor ronda-ronda cari barang. Lepas tu, petang-petang pun dia ronda lagi. Malam-malam aku tak sure, pasal aku dah duduk dalam rumah. Aku rasa dia ni sure dah buat “survey” cara untuk improve modus operandi kegiatan dia. Sebab aku tengok area rumah dia (taktau samada pemilik atau menyewa), penuh dengan barangan terpakai. Nampak macam “dumping site” pun ada. Jiran aku cakap, dia ada kereta Persona baru. Wow, power tu, jadi PBT pun boleh sewa rumah dan ada kereta.

Aku rasa, walaupun kerja jadi PBT ni nampak macam tak canggih dan low class, tapi kalau dibuat dengan betul dan ada visi, boleh jugak jadi mata pencarian rezeki yang halal. Kadang tu, kita sendiri akan support bisnes mereka ni, contoh kita jual surat khabar lama, tin-tin aluminium, bateri lama, komputer lama dan apa-apa yang PBT ni sudi beli. Walaupun harga yang diaorang bayar kadang-kadang kecik dan tak logik, tapi kita tetap support mereka.

Tapi kebanyakan tokey-tokey suratkhabar lama dan bateri buruk semua bangsa Cina, aku tak pernah jumpa bangsa Melayu. Kenapa bangsa kita taknak buat kerja ni? malu agaknya kan. Ada tak orang pernah kira berapa income PBT ni secara tepat? silap haribulan lagi besar dari gaji tokey kilang kicap yop..

Apa yang aku dapat ambik iktibar dari usaha gigih PBT ni ialah sikap positif diaorang yang tak suka mengemis, sebaliknya cuba guna kudrat tulang empat kerat mereka untuk cari sesuap rezeki yang halal dengan cara mencari barangan terpakai. Walaupun kerja tu nampak jijik, tapi ianya halal. Sikap ni patut kita contohi, tak mudah jadikan alasan keadaan dan kekurangan untuk malas berusaha.

Jumpa lagi yop 🙂

Terima Kasih

3 thoughts on “Kisah Usaha Gigih Pengutip Barangan Terpakai

  1. tuah

    pernah terbaca kat paper pasal PBT nie, ada cina benti keje executive utk buat full time. dapatlah rm5k/month.

    pas maju sket…die tak kutip dahh..die bukak tempat kutip barang…PBT plak hntr kat die…time nie die dapat rm14k/month

  2. Rumah.Net

    Olen Heuring says
    Usually I do not read post on blogs, but I would like to say that this write-up very forced me to try and do so! Your writing style has been amazed me. Thanks, very nice article.

Comments are closed.