Apa Persediaan Kita untuk Hadapi Inflasi?

      2 Comments on Apa Persediaan Kita untuk Hadapi Inflasi?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku tak tau boleh buat tak posting macam ni. Kang kena chop buat cerita tipu atau dakyah yang menakutkan orang ramai. Tapi niat aku bukan macam tu, aku nak fokus kepada yang positif. So korang jangan panik tak tentu pasal, sebab cerita ni aku dengar dari borak-borak kedai kopi. So jangan percaya 100%. Aku dah pesan tu ye hehehe..anggap kisah ni sebagai contoh situasi JIKA ianya berlaku, apa kita nak buat.

Kisahnya gini, aku dengar cerita dari cakap-cakap kedai kopi yang tahun depan (2012), kita akan alami kemelesetan ekonomi macam tahun 1998 dulu tu. Malah dijangka akan lebih teruk lagi. Bila dengar khabar angin macam ni, kita sebagai orang yang suka melabur dan terlibat dalam mencari pasif income ni kena pastikan dengan dapatkan bukti melalui laporan GDP/KDNK suku tahunan, setengah tahun dan tahunan nanti. Biasa kementerian kewangan atau bank negara akan buat report ni.

Jangan main percaya aje. Dalam masa yang sama, kita kena jugak peka kalau berita atau gossip nih betul ada kebenarannya. Bukan apa, ianya penting untuk kita tetapkan strategi dan langkah menangani apa saja implikasi secara langsung atau tidak langsung yang bakal berlaku dari masalah kemeseletan ekonomi.

Nak diikutkan dari tahun lepas lagi, masa Iceland bankrupt, masa Greece ada masalah dan negara-negara belah Europe mula panik risaukan kejatuhan ekonomi mereka, seluruh dunia turut terkena tempiasnya. Kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat dan Jepun juga terkesan. Begitu juga jaguh baru ekonomi iaitu China.

Jadi, berita ni kalau betul-betul berlaku kepada Malaysia nanti, sudah ada petanda-petanda global ke arah tu.

Apa implikasi paling besar kepada kita? Well, ada beberapa implikasi yang kita sebagai rakyat akan kena tanggung. Yang paling jelas, harga barang akan meningkat, pengangguran meningkat, hutang banyak yang tertunggak, taraf hidup meningkat tetapi pendapatan sama atau kuasa beli yang menurun.

Yang paling menakutkan antara banyak-banyak tu ialah hilang kerja atau mata pencarian. Sebab kalau dah takde kerja, sure takde gaji. Bila takde gaji, banyak masalah akan timbul. Tak boleh bayar loan rumah, loan kereta, perbelanjaan isi rumah, dan macam-macam benda lagi.

So apa persediaan yang perlu kita buat untuk hadapi tekanan inflasi? Aku rasa ramai yang lagi arif dalam memberi kaedah membendung inflasi. Kalau pandangan aku ni tak berapa betul, korang pegi la dapatkan nasihat dari pakar ekonomi sejati dan muktabar. Sebabnya aku tak mengaji ekonomi dan financial secara formal, so yang aku cakap ni lebih kepada pengalaman dan kajian peribadi. Mungkin betul, mungkin jugak kelentong hehehe..

Pertama – Senaraikan semua hutang-hutang yang ada, jumlah bayaran bulanan dan tempoh pinjaman. Penting untuk kita tahu berapa banyak hutang kita ada sebab kita nak kira berapa komitmen bulanan yang kita perlu bayar dari pendapatan bulanan (gaji, pasif income, upah dan sebagainya). Andaikan pula, jika inflasi terjadi dan terdapat pertambahan kepada bayaran komitment bulanan sebanyak 10%, rancangkan bagaimana untuk kita perolehi sumber untuk menampung kenaikan 10% tersebut (contoh, tabungan, penjualan aset lain, dll.)

Kedua – Kenalpasti cara untuk menambah pendapatan sampingan (passive income). Ini ialah kaedah paling popular bila kita terdesak. Kebiasaannya secara automatik, kita akan masuk mode “survival” bila kesempitan wang. Senaraikan jenis-jenis kerja atau perniagaan yang boleh dilakukan dengan mengambil kira skill, modal, lokasi, modus operandi dan keupayaan berdaya saing. Simpan elok-elok senarai ni, bila perlu kita akan semak dan execute perancangan kita.

Ketiga – Jangan tambah hutang tidak perlu. Contoh, kalau tidak perlu beli kereta baru, tak payah. Baiki atau cat saja kereta lama untuk nampak anggun dan ranggi hehehe. Jangan buat personal loan atau loan-loan yang kita tak boleh bayar balik dari keuntungan pelaburan atau pun sewaan dan sebagainya.

Keempat – Berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Ini juga penting. Kalau boleh setiap sen yang kita belanjakan kena catat wang keluar masuk. Dari masa ke semasa cuba pertingkatkan tahap penjimatan. Kurangkan benda-benda bersifat kehendak, beli yang mana perlu sahaja.

Kelima – Saving (menyimpan). Mulakan menyimpan lebih banyak dan lebih kerap. Disiplin ni bukan benda baru. Ianya prinsip paling penting dalam pengurusan kewangan. Hasil dari menyimpan bila ada lebihan pendapatan (ada yang simpan dalam bank, emas, bond, dll) akan dapat digunakan masa kita benar-benar sesak. Bagi yang suka simpan dalam bentuk emas (emas perhiasan, coin, bullion, dll), pastikan tahu kaedah dan teknik yang betul mengkaji harga pasaran emas semasa, supaya tak terperangkap pulak. Susah-susah, simpan dalam tabung haji pun OK. So far it’s protected by government should anything happen to Malaysian economy.

Selebihnya aku rasa korang fikirkan lah sendiri ikut keupayaan masing-masing. Biar kita ada persediaan yang baik supaya kita tidak panik bila berlaku masalah nanti. Yang kesian nanti ialah keluarga yang bergantung dengan kita. Sanggup ke tengok redup mata anak-anak kita yang tak boleh bermewah macam biasa lagi. Betul la ada orang cakap, rezeki Allah dah tentukan, tapi kita kena berusaha dulu, baru rezeki datang.

Kalau ada yang nak kongsi kaedah dan persediaan lain, dipersilakan tulis dalam ruangan komen. Kita pakat-pakat discuss dan ambil manfaat.

Terima Kasih

2 thoughts on “Apa Persediaan Kita untuk Hadapi Inflasi?

  1. bebird

    Kalo betul inflasi.. org yg byk duit untung la.. bole grab mcm2.. rumah, tanah, saham…

    Pernah jgk dgr org sembang pasal tahun 2012 tahun huru hara.. mungkin berlaku bencana alam.. adakah peristiwa ad-dhukan akan berlaku..??

    1. md Post author

      @bebird yup..masa inflasi, sapa ada cash, boleh shopping la hartanah yang menjunam.. tapi spekulasi macam ni kena tengok dengan fakta sebenar, baru confirm.

Comments are closed.