Projek 7 Bulan Modal RM550K

      14 Comments on Projek 7 Bulan Modal RM550K
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Lama jugak aku tak update apa-apa. Sibuk bercampur “duri palas” sikit huhu..

Alhamdulillah, projek datuk keramat aku dah siap jugak akhirnya. Ada sikit-sikit je lagi nak dikemaskan dan difinalise, tapi rumah dah boleh duduk dah pertengahan Februari 2011 yang lepas. Masuk jugak sebelum kerja-kerja kemasan akhir dibuat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

So far, takde major problem dengan rumah tu, meeting dengan contractor aku akan buat minggu ni untuk finalise setiap kerja-kerja kemasan dan outstanding claim yang perlu dibayar.

Bagi yang tertanya-tanya, berapa kos sebenar projek ni, aku boleh cakap dalam lingkungan 550K. Kos arkitek, submission kelulusan pelan, kos binaan dalam RM300K++ dan kos tanah adalah selebihnya. Loan approve dalam RM430K, selebihnya pakai modal sendiri dari tabung ayam.

Pening ke tak manage projek banglo sendiri ni?. Jawapan dia PENALOI. Apa kebende penaloi ni? PENING tapi BERBALOI huhu..

Pening sebab aku kena urus A to Z, dari fikirkan perancangan awal nak decide cara-cara nak cari modal, nak tentukan berapa kos, nak buat design rumah, cari arkitek, cari contractor, apply loan, bayar proses itu-ini, sign agreement itu-ini, decide tarikh mula projek, sediakan modal pusingan sebelum bank release progress claim, bayar installment loan bulan-bulan tanpa dapat apa-apa return, uruskan perpindahan family ke temporary shelter, uruskan isu-isu berbangkit semasa pembinaan, uruskan isu-isu dengan jiran tetangga yang buat hal, uruskan kerja-kerja electrical wiring, paip dan meter syabas, uruskan denda dan bayaran-bayaran yang dikenakan dan akan dikenakan penguasa tempatan, tepuk dahi sekali sekala bila terkena atau terperangkap, tenangkan hati bila tabung ayam dah hampir kosong, dan akhir sekali berdoa tak putus-putus agar projek ni berjaya.

List dia nampak panjang, tapi aku tak susun ikut kronologi dan tahap kronik atau tidak. Just nak sebutkan perkara-perkara yang perlu diuruskan kalau nak buat sendiri rumah kita. Kecik atau besar projek tu, cerita no. 2. Tapi proses dia hampir sama.

Yang paling best ialah, kalau kita ada modal tunai sendiri. Banyak benda boleh short-cut dan dipermudahkan. Contoh, kerja 7 bulan mungkin boleh disiapkan dalam tempoh 4 bulan sahaja. Sebabnya, kita boleh order barang terus dan kerja boleh dilakukan tanpa henti sebab claim kepada contractor kita urus sendiri, bukan tunggu bank release payment.

Selain dari tu, kalau kita cekap dalam project management dan pandai berkomunikasi secara efektif serta tegas, contractor atau supplier tak boleh kelentong kita. Kalau ada masalah, terus kita bincang dan cari penyelesaian segera. Macam tu, kita akan dapat kerjasama dan respect dari mereka, sebab tujuan kita tegur atau tanya bila ada isu ialah untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk membuat masalah.

Rumah ni kalau nak diikutkan takdelah grand sangat. Aku buat design empat segi saja, simple tapi bolehlah untuk mak dan bapak mertua aku duduk compare dengan duduk di flat. Kesian tengok kaki abah aku tu, bengkak-bengkak sebab tak larat nak berdiri atau berjalan jauh. Mak mertua aku pulak, masa duduk sementara di GH aritu, terjatuh dalam bilik air masa dia demam. Sampai sekarang, kesihatan dia tak 100% pulih, terpaksa guna kerusi roda. Semua tu dugaan sementara nak tunggu kediaman lebih selesa siap.

Mari kita lihat apa pasal projek ni aku cakap berbaloi? Pertama, projek ni siap sebagai “hadiah” buat mertua aku. Mereka akan duduk di tingkat bawah. Kedua, dalam masa yang sama aku ada 3 buah rumah sewa yang fully furnish di tingkat 1. Salah satu unit rumah sewa tu mengadap KLCC, memang cantik view dia kalau waktu malam. Hasil sewaan rumah-rumah tu nanti, bolehlah buat cover installment loan rumah kitorang tu. Mudah-mudahan ada rezeki kami sekeluarga.

Bagi yang nak tahu lebih lanjut macam mana nak buat rumah sendiri dan kaedah nak cari modal dan sebagainya, aku nak tulis satu panduan ringkas dan mudah, tapi jangan tanya bila siap hehehehe.. mungkin tahun ni, mungkin tahun 2020, tapi kalau ada kesempatan terserempak aku kat mana-mana, bolehlah belanja air barli suam sambil dengar aku berceloteh pasal projek PENALOI 🙂

Terima Kasih

14 thoughts on “Projek 7 Bulan Modal RM550K

    1. md Post author

      @afif, ada gambar, posting2 lepas dah letak jugak sikit2..tapi ada image tak keluar sebab dulu letak gambar dkt hosting imageshack. nanti kalau rajin, saya share gambar dari awal sampai akhir…hehe

  1. blogresipi

    Salam uncle, nak tanya sikit kalau tak keberatan. Rumah yang dibina luasnya berapa square feet.

    Ada juga merancang bina rumah sendiri satu hari nanti, insya-allah.

    Selamat berpuasa.

  2. blogresipi

    Terima kasih uncle atas info. Nanti balik Malaysia sempatlah beli ebook yang nak dibuat tu. Boleh juga buat panduan untuk bina rumah masa depan. 🙂

Comments are closed.