Hartanah Naik Harga, Peluang atau Malang?

      Comments Off on Hartanah Naik Harga, Peluang atau Malang?
Share this..
  • 2
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Terbaca artikel di Utusan Online hari ini – Harga rumah di Pulau Pinang paling mahal.

Antara yang dilaporkan, hartanah di Pulau Pinang mencecah nilai RM540,000 (tak dinyatakan samada landed property atau apartment/condo) berbanding hanya RM390,000 di Kuala Lumpur (rasanya kalau harga macam ni, standard rumah teres 2 tingkat 20×70)

Antara penyebab kenaikan terus-menerus harga hartanah ialah disebabkan kegiatan investor dan speculator hartanah yang membeli rumah untuk tujuan sewaan dan juga mendapat keuntungan dari jualan semula. Ada juga pemaju perumahan yang mengiklankan projek hartanah mereka kepada pembeli di luar negara, kerana pembeli luar negara merasakan harga hartanah di Malaysia masih murah. Ini menyebabkan, rakyat negara kita tidak mampu membeli rumah untuk didiami. Artikel itu juga menyebut, kerajaan, pihak swasta dan perbankan harus memainkan peranan untuk membendung situasi ini.

Berita lanjut, korang gi baca sendiri lah dari utusan online (ni link dia).

Wow.. bila aku abis baca berita ni, terlintas satu persoalan – as a small time investor, apa akan jadi kalau syarat membeli property ke-2, ke-3 dan seterusnya diperketatkan?.  Baru-baru ni, bank negara dah keluarkan satu syarat untuk menghadkan margin pinjaman untuk rumah ke-2 dan seterusnya kepada 70% sahaja. Dengan desakan-desakan baru ini, adakah masa depan pelabur kecil-kecilan akan terkubur?.

Pada aku, benda ni tak sepatutnya menakutkan kita. Ada baiknya juga kalau harga rumah tak melambung-lambung naik dek kerana demand dan speculation yang dibuat oleh pelabur hartanah. Ini dapat menjamin peluang rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah idaman mereka, lebih terbuka luas. Kadang-kadang, kita sendiri pun tak mampu nak beli property yang best-best sebab harganya terlalu mahal.

Hanya mereka yang betul-betul ada modal “tebal” saja berani untuk beli property di lokasi yang menarik. Dan mereka ini jugalah, yang akan berulang kali dapat membeli property-property best yang lain. Ini adalah disebabkan mereka ada sistem untuk trade (atau roll) property di bawah milik masing-masing untuk menjana keuntungan dan modal baru. Semua ini dilakukan samada secara persendirian, perkongsian ataupun syarikat.

Walau apa pun tindakan dan peraturan yang akan dibuat nanti untuk menyekat pelabur dan speculator untuk “mengacau” harga hartanah di Malaysia, pasti akan ada nanti loophole yang lain.  Contohnya, bila ada pemilik rumah yang nak jual rumah mereka atas pelbagai alasan – nak pindah ke rumah baru, nak pindah ke luar negeri, dan lain-lain – pelabur hartanah akan masuk membeli.

Ataupun, jika ada rumah yang dilelong oleh bank kerana pemilik rumah tidak mampu membayar ansuran bulanan, pelabur hartanah akan datang membeli. Ataupun, bila ada pemilik rumah tidak mampu untuk memenuhi kuota pembeli projek perumahan baru untuk satu tempoh tertentu, pelabur yang siap sedia dengan modal akan turut datang membeli. Mana ada pemaju perumahan yang nak tunggu 100 tahun untuk menjual rumah mereka.

Jadi, rumusan kat sini, ekonomi negara yang banyak berkait rapat dengan perjalanan projek hartanah, tak dapat tidak akan terasa tempias aktiviti pelabur-pelabur hartanah samada yang kecik, sederhana dan besar. Mereka ini kebanyakannya bijak dan mempunyai modal tunai dan cagaran modal yang mampu untuk membawa mereka jauh ke depan.

Mereka cekap mengkaji sistem, undang-undang yang diguna-pakai, mengkaji potensi, peluang baru yang ada, mereka menunggu saat terbaik untuk membuat keputusan, dan mengambil langkah pantas bila semua kriteria yang ditetapkan dipenuhi.

Kita sedia maklum, bank, orang yang mempunyai dana modal yang besar, tidak akan terjejas sangat pun dengan undang-undang baru yang dikuatkuasakan – mereka tetap boleh buat apa yang mereka suka, sebab mereka ada duit.

Jadi, orang yang kerdil dan marhain macam kita ni, yang baru nak berjinak-jinak untuk meneroka peluang mencari pendapatan pasif menerusi pelaburan hartanah, harus lebih bersedia dan peka dengan setiap perubahan.

Untuk itu, kita patut lebih fokus kepada mencari peluang baru untuk meningkatkan pendapatan samada melalui produktiviti kerja, menceburi bidang yang berpotensi besar untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek, sederhana dan panjang, atau mungkin sudah tiba masanya untuk kita meneroka peluang bekerjasama dalam pasaran baru di luar negara.

Rancanglah masa depan anda 🙂

Terima Kasih