Baca Chart Sampai Berpinau Bijik Mata

      3 Comments on Baca Chart Sampai Berpinau Bijik Mata
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Lama tak borak pasal FCPO (Future Crude Palm Oil). Walaupun aku jarang cerita pasal ni, sebenarnya aku tetap trade macam biasa. Part time trader je hehehe..

Ada yang suggest pakai sifir 1:3 bila masuk position. Modal atau equity mesti ada 3 kali ganda dari margin untuk 1 lot. Baru sedap sikit nak pasang pukat. Bila against market dan kita masih yakin dengan trading system kita, masih boleh hold position sampailah break takat yang kita tetapkan untuk ambik risk.

Market sejak bulan lepas lagi agak volatile. Maksud dia, naik-turun agak ketara. Memang sesuai untuk trade. Sebabnya, anggaran mata naik-turun sehari adalah dalam lingkungan 30 ke 80 mata. So, kalau betul perkiraan dan bacaan, insyaAllah ada rezeki (dan ada juga rugi kalau tersalah bacaan).

So far, aku tengah ujikaji trading system tiap-tiap hari. Bila malam je, aku bukak balik charting system untuk tengok dan analisa daily candlestick beserta indicator-indicator yang digunapakai. Sambil-sambil tu, dok monitor jugak pergerakan harga minyak mentah (CL) dan minyak soya (BO) di market US sebab esoknya, nak tau kat mana Asian market akan react kepada perubahan harga trade di US.

Termasuk juga, kena tahu prestasi export data CPO yang biasanya dikeluarkan oleh ITS dan SGS serta kedudukan indeks-indeks utama Bursa seluruh dunia dan tukaran matawang serantau.  Kalau rajin, boleh juga monitor minyak soya dan palm olein di indeks DALIAN commodity exchange di China. Semua ni adalah fundamental analysis untuk bantu kita gandingkan dengan technical analisis yang kita buat berdasarkan candlestick pattern, indicators dan trend line.

Bukan semudah yang disangka untuk betul-betul jadi successful trader. Kena rajin membaca, mengulangkaji, mencuba dan tekun membaiki kesilapan-kesilapan yang lepas. Perbincangan dengan rakan-rakan trader juga banyak membantu ketika membuat analisa pasaran. Ada yang bukak forum perbincangan, ada yang gunakan kemudahan “shoutbox” dan tak kurang juga share info dalam email. Yang penting, idea dan perbincangan ini banyak membantu kita bersedia masuk market dengan maklumat yang betul.

Musuh utama trader ialah perasaan tamak dan pertimbangan kurang waras. Ini biasa berlaku pada sesiapa pun. Bila nak untung, macam-macam dugaan timbul. Bila dah rugi pulak, macam-macam perasaan yang menguji. Yang masuk dalam bidang ni memang faham situasi-situasi sebegini. Kena ada clear goal, good proven system dan emosi yang teguh untuk berjaya dalam bidang ni. Selebihnya, berserah kepada Allah bila usaha dan keputusan dah dibuat.

Kat bawah ni, aku share weekly chart selepas market ditutup 20 August 2010 yang lepas (Jumaat). Candle minggu lepas open 728 dan close 544. Nampak macam bearish, mungkin jugak correction phase belum berakhir. Agak-agaknya ke mana market nak pegi minggu depan bila kaunter kembali dibukan pada hari Isnin 10.30 pagi 🙂

FCPO Weekly Chart - 20 August 2010

Terima Kasih

3 thoughts on “Baca Chart Sampai Berpinau Bijik Mata

  1. engkubujal2211

    salam tuan rumah….
    skarang musim hujan.. apakah akan ada perubahan keatas harga sawit??

    btw… nice writing, boleh guna utk ulangkaji wa sendiri….. tq bro

  2. putra78

    utk minggu dpn, 30hb-3hb, kalu rege bleh break 2569 n sustain atas ni utk bbrp candle, bullish reversal confrimed.. ini disulami dgn piercing line formation appear kt bottom, n inverted head n shouler plus bearish treadline break out utk 60mnts charts.. maknenye bearish ari tuh retrace sampai fibo 50% shj (level 2500 +/-), pastu bounce blk utk bull..

Comments are closed.