OPR Naik Lagi

      Comments Off on OPR Naik Lagi
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Overnite Policy Rate (OPR) naik 25 mata lagi Khamis minggu lepas yang telah diumumkan oleh Bank Negara. Jadi tunggu saje la bank-bank hantar surat dekat kita cakap jumlah installment baru loan-loan kita yang juta-juta tu huhuhu.. Tapi mungkin jugak ada bank yang akan adjust tempoh bayaran balik, so takde kenaikan ansuran bulanan.

Bagi yang ambik loan guna fix-rate, OPR naik berapa ratus riban pun takde hal. Bagi yang ambik flexi rate ikut BLR atau BFR (Islamic), maka OPR akan jejaskan bayaran bulanan sehingga sampai kepada ceiling rate (contoh 10.75% maximum).

Apsal pulak BNM asyik naikkan OPR ni? Biasanya ia ada kena mengena dengan pertumbuhan ekonomi negara. Macam dah aku terangkan dalam posting lepas pasal OPR ni, dia ada formula. Bila ekonomi berkembang, maka OPR naik. Yang bestnya ada negara takde pun kenakan OPR ni. So loan kita just interest dengan bank aje, jauh la murah nak compare dengan loan yang kita serve.

Kalau korang ada company loan yang bawah 4% fix reducing balance tu, boleh la guna. Kalau nak untung (tapi ukur baju badan sendiri), guna loan tu maximum, contoh beli property yang setara dengan jumlah loan yang boleh diperolehi. Mana nak dapat loan murah reducing balance weh..

Apa pun, itu hakikat kita sebagai peminjam. Bila dah ambik duit orang (bank), kena la bayar kan. Kalau takleh bayar, nanti bank lelong la reta benda kita, pastu kawan-kawan kita mari bid beli property kita hehehe.. Sebab tu lah, ditekankan awal-awal, bila nak melabur dalam hartanah ni, perancangan kena rapi. Kena tau tools dan kaedah. So takdelah gelabah bila interest rate meningkat.

OK sebagai acara selingan, aku nak share video kat bawah ni. Nak bagi inspirasi sikit pada kita supaya hargai hidup kita ni sebaik mungkin. Toksah cari alasan untuk mengeluh dan cari pasal dengan orang, sebab semuanya tak berbaloi. Bila kita ada cita-cita, kejar cita-cita tu. Kalau kita ada buat salah dengan orang, mintak maaf sebelum terlambat. Hidup ni terlalu mahal untuk dibazirkan dengan perkara tak mendatangkan manfaat.

(Dr. Randy Pausch “Last Lecture” beberapa bulan sebelum dia meninggal kerana mengidap kanser pancreas)

Terima Kasih