Saja Cuai atau Belum Terkena?

      1 Comment on Saja Cuai atau Belum Terkena?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Semalam terkejut dapat call dari wife, anak jatuh tangga kat sekolah. Kena masuk hospital sebab nak X-ray takut ada patah ke retak tulang ke. Aiyohhh… manyak saspen dibuatnya. Terus aku cepat2 bergegas ke hospital tu. Masa sampai, dia dah siap di X-Ray, tengah terbaring kat katil lepas kena sedas injection tahan sakit.

Aku tanya wife aku, macam mana boleh terjatuh plak ni. Katanya, tangga licin, mungkin sebab basah hujan lebat petang tu, budak2 sekolah naik turun tangga dengan kasut/kaki basah. So, kalau jalan tak berhati-hati memang boleh tergelincir. Nak dijadikan cerita, dah dua tiga kali jugak budak-budak jatuh tangga sebelum ni, tak taulah sebab tangga licin jugak atau memang tangga tu selalu jadi tempat budak-budak jatuh.

Tak lama lepas tu, doktor datang (muda lagi doktor tu, tapi mungkin dah kahwin, so apa motifnya? huhu…) dan bawak filem X-Ray. Cuak jugak masa tu, takut kalau-kalau ada retak ke, patah ke, lambat jugak tu nak recover. Anak aku still terbaring lagi. Muka tahan sakit. Doktor cakap, takde apa-apa keretakan atau patah kelihatan. Tapi dia suruh monitor sehari dua ni, kot-kot naik bengkak dan kesakitan yang melampau, dia suruh rujuk pakar tulang untuk nasihat lanjut. Lepas dia explain apa kebenda sebab dan musabab jadi sakit sangat tu, dia cakap boleh bawak anak encik balik berehat dekat rumah.

Lega sikit dengar bila takde apa-apa, mungkin sebab tisu bengkak sebab terhentak kuat. Tengok la sehari dua ni, kalau dia tak komplen sakit berterusan, kira normal la tu. Nasib awak la Aiman, semalam birthday, semalam jatuh tangga.. hihihi… tapi malam tadi OK je tiup lilin kek harijadi..harap-harap cepat sembuh.

OK la bab tu, harap-harapnya pihak sekolah ambik perhatian kes ni. Kalau tangga tu tak selamat, harap fikirkan untuk pasang railing kat tepi dinding untuk mudahkan budak-budak pegang masa nak turun/naik tangga. Kalau tergelincir pun takde la gedebuk! jatuh, sempat la berpegang lagi kat railing tu. Kalau ikut OSHA (Occupational Safety and Health Act), boleh kena tindakan tu sebab bangunan tak selamat untuk pekerja atau penghuni.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz yang membantu anak aku masa tu. Harap ada tindakan agar kejadian sama tak berulang atau terjadi kes yang lebih teruk.

Apa pun, kita ambik pengajaran lah. Time-time hujan ni, semua benda pun licin. Jalan licin, tangga licin, dahi licin (eh ni cerita apa ni?)..dan macam-macam benda lagi yang licin dan jadi merbahaya kalau kita tak berhati-hati. Sebelum terkena, baik beringat dan pesan-memesan. Bila dah terkena, cakap pun tak guna. Nasi dah jadi bubur.

Sama lah juga dalam kita menguruskan ekonomi diri sendiri dan keluarga ni. Kena hati-hati dan alert dengan perubahan persekitaran dan pasang surut keadaan kewangan kita. Time kita senang, kena beringat untuk menyimpan. Time kita susah, kena sabar dan tahu macam mana nak cari peluang. Kalau kita dok asyik salahkan orang saja, sampai bila pun tak boleh nak berjaya. Think out of box!.

OK tuan-tuan, selamat bertugas dan berniaga. Kalau ada untung tu belanja-belanjalah kawan-kawan hehehe… (mesej bernada mengharap..huhu..)

Terima Kasih

One thought on “Saja Cuai atau Belum Terkena?

  1. juruukur

    ooo.. aiman jatuh.. sebab nak besar tuu uncle.. apa pun.. happy besday aiman..

Comments are closed.