Apa Kesan BLR Naik?

      4 Comments on Apa Kesan BLR Naik?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Khamis lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi menaikkan OPR (overnite policy rate) sebanyak 2.5% lagi. Ia adalah kenaikan kali kedua dalam tempoh dua bulan. Alasannya ialah, ekonomi Malaysia sedang berkembang dan OPR dinaikkan selaras dengan proses pemulihan ekonomi.

Wow.. dan minggu depan, Maybank, CIMB, Bank Islam dan RHB Bank akan mula menaikkan kadar Base Lending Rate (BLR) / Base Financing Rate (BFR) kepada 6.05% dari 5.8% sebelum ini (sumber: Business Times). So kalau pakej pinjaman kita dapat BLR – 1.8%, effective interest rate baru ialah 6.05-1.8 = 4.25%. Bagi yang ada company loan atau gomen loan yang dapat 4% tu untung la sekarang. Rate korang lebih attractive dari bank-bank komersil.

Ramai yang mengeluh bila BLR naik, installment loan rumah yang bukan fix rate pun akan meningkat (ada juga bank yang tak tambah installment bulanan sebaliknya memanjangkan lagi tempoh bayaran balik). Sebaliknya, gaji bulanan masih juga di takuk lama. Hahaha.. pening kepala kan. Duit tak cukup nak service loan bulan2.

Kat sini lah pentingnya perancangan kewangan kita  yang dulu-dulu tu. Ingat tak kita dah susah payah cari idea untuk tingkatkan pasif income?. Dalam masa-masa sebeginilah lebihan dari kutipan pasif income tersebut dapat menampung kenaikan installment bulanan (tak banyak sangat pun kalau loan kecik2) tanpa memeningkan kepala kita nak korek dari tabung ayam dan tabung beruang panda.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu ni, macam-macam boleh berlaku. Di Greece, ekonomi mereka dalam kemelut yang meruncing. Jika gagal ditangani ekonomi mereka akan runtuh, seterusnya berjangkit ke negara-negara lain dalam blok kesatuan Eropah (EU), dan seterusnya yang paling ditakuti berjangkit keseluruh dunia!.

Apakah perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia?. Well, aku pun tak boleh nak ramal. Since ekonomi kita dilihat sedang pulih (ye ke? hehehe), so perkara macam di Iceland (dah bangkrup) dan Greece mungkin belum menjadi masalah untuk kita di sini. Rata-rata negara di Asia, terutama China, sedang dalam proses pemulihan ekonomi (recovery), so kita mungkin lambat sikit nak dapat impact. Tapi, kalau dah separuh dunia dan rakan dagangan Malaysia ada masalah ekonomi, tak banyak sikit mesti terkena tempias punya.

Matawang Euro pun tengah down dan Ringgit Malaysia jadi makin kukuh sekarang ni berbanding matawang utama seperti US Dollar dan Pound sterling. Ini secara tak langsung memberi kesan kepada ekonomi kita. Bagi CPO pulak, bila Ringgit makin kuat, harga CPO akan turun.. hehe.. macam mana pulak tu?. Sebab kebanyakan investor dalam market CPO ni adalah pelabur luar negeri. So diaorang guna USD atau GBP Pound, jadi currency dia dah kecik, rugi la pegang lama2 harga CPO, baik jual je.. itu yang price boleh jatuh.

So, bagi pelabur CPO, kena jugak monitor kadar tukaran wang asing (forex) di samping harga minyak petroleum mentah (CL) dan minyak kacang soya (BO). Ni semua news dan indicator untuk kita buat fundamental analysis. Gabungkan analysis ni dengan technical analysis (candlestick, moving average, etc.) untuk hasilkan trading plan dan objective bila masuk market. Apa pun, masing-masing punya cara perhitungan, tak boleh ambik 100% dari news-news sebegini. Kadang-kadang selamba badak je price CPO ni tak terjejas walaupun news dari seluruh dunia macam nak rak gempaknya.

So, kalau BLR naik adakah kita tak patut buat loan rumah baru?. Tak jugak. Boleh je apply loan macam biasa, tapi kalau boleh survey lah rate dari bank yang bagi pakej paling kompetitif. Buat perbandingan sebelum sign offer letter (LO). Kaji jugak kemampuan untuk membuat bayaran installment, dan dateline bayaran supaya takde yang tertunggak. Kalau tertunggak nanti, nama akan diblacklist pulak dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System).

Nanti boleh call atau check dengan banker berapa perubahan installment bulanan yang korang kena service lepas BLR dinaikkan. Kalau ada yang buat bayaran menerusi standard instruction, pastikan buat perubahan yang sepatutnya untuk bulan-bulan akan datang. Kang tak pasal-pasal kena penalti.

OKlah, selamat berurusniaga bagi pesawit-pesawit tegar minggu depan, dan bagi kawan-kawan yang lain, perkemaskan portolio pelaburan masing-masing dan update apa-apa yang perlu supaya kita sentiasa di landasan yang betul (on track).

Terima Kasih

4 thoughts on “Apa Kesan BLR Naik?

  1. liza

    slm.
    sy merancang nak beli unit apt subsale berharga 170k.tgk2 blr naik plak ke 6.05. sy adalah simpanan dlm 100k. pd pendpt tuan, sy patut gunakan wang simpanan atau buat housing loan dgn bank utk membeli apt tersebut??.

    1. md Post author

      Liza, bergantung kepada objektif puan. Kalau ingin melabur, duit tunai 100K tu boleh dibiakkan lagi. Kalau taknak hutang besar2… mungkin boleh gunakan duit simpanan tu untuk bayar sebahagian harga rumah, dan ambik loan selebihnya.

      Tanya officer2 bank untuk pakej yang paling sesuai dengan objektif puan. Ada bank yang offer fix-rate untuk sepanjang tempoh bayaran balik. Ada yang flexi (ikut BLR), ada yang tahun pertama lain, tahun kedua lain dan seterusnya fix. Tengok juga berapa lama tempoh bayaran balik. Kalau lagi panjang tempohnya, bayaran bulanan lebih rendah. Apa pun, kaji balik apa matlamat dan objektif kewangan puan sebelum membuat keputusan.

Comments are closed.