Q2 2010

      1 Comment on Q2 2010
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

OK, sedar tak sedar, kita dah masuk quarter 2 (Q2) tahun 2010. So far, macam-macam jugak yang aku buat untuk kembangkan lagi portfolio pelaburan termasuk membeli, menjual, refinance, menabung, melabur dan usahasama dengan rakan-rakan.

Usaha-usaha sebegini perlu diteruskan secara berkala dan terancang bagi mempastikan matlamat untuk bebas kewangan (financially free) tercapai mengikut jangkamasa yang ditetapkan. So far, so good. Dari takde apa-apa 2 tahun lepas, kini dah mula nampakkan hasil walaupun taklah sebanyak mana pun. At least we’d started, daripada dok tunggu dan lihat tak buat apa-apa 🙂

Bidang hartanah masih lagi penyumbang terbesar kepada investment portfolio aku. Hasil dari penjualan property meningkatkan sedikit modal pusingan untuk membeli property lain yang lebih menarik. Buat je macam ni, setahun dapat jual sebijik dua, dapatlah kita penuhkan tabung ayam untuk teruskan aktiviti melabur kita. Sekarang ni, kena pandai cari sendiri lokasi dan jenis property yang menarik. Tak boleh lagi nak harapkan orang lain “suap”. Sampai bila pun kita nak bergantung dengan tips dari kawan-kawan. Kena kembangkan sendiri tempat dan lokasi baru sambil-sambil intai peluang baru jika terjumpa.

Part 1 cerita pasal ke mana wang kita harus dilaburkan, aku dah sentuh contoh mudah iaitu buat kerjasama atau pakatan (JV) dengan rakan atau ahli keluarga yang kita percaya. Untuk elakkan penipuan dan masalah, buatlah satu perjanjian ringkas dan pergi matikan stem untuk sahkannya. Bagi salinan sorang satu simpan. Just in case ada yang mengelat, korang boleh gunakan document itu untuk tujuan perundangan.

Part 2 ialah macam mana untuk melabur untuk jangkamasa panjang yang memberi pulangan yang memberangsangkan. Kat sini, perjalanan dia jauh, mencabar, penuh dugaan, kompleks dan bakal berjumpa dengan macam-macam risiko dan peluang. Jadi, adalah lebih baik, perjalanan yang jauh, kita rancang betul-betul baik dari persiapan fizikal, mental, spiritual dan kelengkapan lain.

Yang paling penting, bila kita ingin mendapat pulangan yang tinggi dari pelaburan jangka panjang, kita perlu tahu kesemua jenis portfolio yang berpotensi, mengkaji peluang dan risiko portfolio tersebut dan membuat perancangan bagaimana kita boleh memulakan pelaburan dalam portfolio tersebut.

Cara paling selamat untuk memulakannya ialah dengan BELAJAR. Ya, belajar tentang apa yang kita nak melabur tu sebelum kita mulakan pelaburan sebenar. Jika kita minat dengan hartanah, jadi carilah ilmu selok belok melabur dalam hartanah agar kita dapat menghitung dari mana dan bagaimana caranya untuk kita dapat pulangan yang hebat dari pelaburan hartanah.

Jika kita minat bidang peruncitan (bukak kedai), belajar dan cari cara yang istimewa bagaimana cara untuk kita kembangkan perniagaan runcit ini menjadi besar dan mampu bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar yang lain. Contohnya, jika anda ada modal yang mencukupi, memiliki stesen minyak dan kedai serbaneka di lokasi yang strategik boleh menjanjikan pulangan yang lumayan jika betul strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan tersebut.

Begitu juga jika anda minat dalam pasaran saham. Portfolio ini agak mencabar. Dan tidak dinafikan, aku sendiri sedang dalam tempoh belajar dan berlatih untuk memahirkan sistem trading agar mencapai matlamat yang ditetapkan setiap kali masuk market. Banyak cara, banyak teknik, banyak kaedah yang boleh diguna pakai. Sampaikan kita boleh confuse dan tersungkur bila tak betul (against) objektif yang kita tetapkan.

Apa pun portfolio pelaburan yang kita nak masuk, perlu timbulkan rasa minat, bersemangat dan bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengambil jalan pintas untuk berjaya. Setiap kejayaan tidak selalunya datang mudah. Mesti ada ujian, mesti ada kegagalan. Tapi kalau kita tak pernah belajar untuk memperbetulkan kesilapan dari kegagalan yang telah dialami, maknanya kita orang yang ego. Ego pasal apa pulak, ye lah, sombong taknak mengaku salah. Masih lagi suka ulang kesilapan yang sama sehinggakan kita akan marah pada orang lain, pada sistem, pada pelanggan hatta pada kucing kat rumah pun…hahaha..

Oleh itu, untuk mempastikan wang ringgit yang ada dalam poket kita, dalam bank, bawah bantal dan dalam tong beras menjadi berlipat ganda, kita perlu ada perancangan jangkamasa panjang untuk melabur dalam portfolio yang berdaya maju. Jangan lupa, setiap portfolio ada risiko dan peluangnya tersendiri. Kita perlu tahu mempelajarinya dan mengcungkil rahsia setiap portfolio pelaburan tersebut untuk kita capai keuntungan yang diharapkan.

Apapun yang berlaku selepas kita mencuba dalam pelaburan yang dipilih, haruslah ada post-mortem dan penelitian agar kita dapat memperbetulkan setiap kesilapan dan kekurangan perlaksanaan kita. Dari situ, kita akan dapat meneruskan usaha untuk mengutip hasil keuntungan dari portfolio-portfolio pelaburan terpilih macamlah orang kutip buah rambutan dari pokok-pokok yang banyak…wow!… best kan..heheh..

Selamat melabur tuan-tuan dan puan-puan 🙂

Terima Kasih

One thought on “Q2 2010

Comments are closed.