Pentingnya Iklan

      1 Comment on Pentingnya Iklan
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Apa khabar weh.. sihat ke? alhamdulillah. Cuaca sekarang ni panas sikit, kena banyak minum air. Tambah pulak pada yang bekerja di luar pejabat, memang cepat je tekak haus. Budak-budak sekolah lagi la kesian. Tambah yang nak pegi sekolah petang, tunggu bas panas-panas, sampai sekolah, berlari pulak main-main dengan kawan, balik rumah badan lesu, silap-silap terus demam.

OK, hari ni aku nak cerita sikit pasal iklan. Iklan apa pulak ni.. hehehe. Aku nak cerita macam mana iklan ni boleh bagi keuntungan pada sesiapa yang ada produk dan perkhidmatan. Kalau iklan ni tak penting, TV, suratkhabar, majalah, radio dan saluran media massa boleh bungkus!. Pendapatan mereka kebanyakannya disokong dari sumber yang diperolehi dari iklan yang mereka siarkan. Lagi banyak orang beli ruang iklan, lagi kaya mereka ni.

Macam-macam tempat orang letak iklan. Billboard, TV, radio, suratkhabar, majalah, laman web (blog, forum, etc.), YouTube, sticker kenderaan dan macam-macam lagi. Semua tempat tu syarat dia orang ramai boleh nampak atau tengok. Hatta kalau kita pegi kat toilet awam atau pondok telefon pun, perasan tak mesti ada “iklan” jugak, iklan Ah Long nak bagi pinjam duit hehehe… semua tempat awam dan orang bertumpu mesti ada iklan diletakkan.

Iklan yang paling mahal biasanya iklan yang melibatkan berjuta-juta orang melihatnya. Contoh, iklan yang disiarkan dalam acara sukan-sukan popular seperti bolasepak, golf, sukan olimpik, motorsikal, kereta lumba dan sebagainya. Macam dalam sukan Formula 1 (F1), kos sebuah kereta F1 dianggarkan sekitar RM4 juta hingga RM6 juta sebuah, kalau nak harap duit pasukan tu saja, memang tak ramai yang mampu nak sertai F1. Tapi disebabkan ada pendapatan dari iklan danย  TV airtime, pasukan-pasukan F1 tu dapat la jugak “share” dari fee yang perlu dibayar oleh syarikat-syarikat penyiaran. Hampir 300 juta penonton tengok F1 di seluruh dunia, mana tak suka Petronas nak taja kereta Mercedes GP, untuk tampal sticker “Petronas Syntium” hehehe… besar tu exposure kalau nak market nama dan produk Petronas.

Image courtesy of www.formula1blog.com

Begitu juga lah halnya kalau kita ada produk dan servis yang ingin dipromosikan. Jangan lupa membuat iklan. Kalau tak mampu, paling tidak pun iklankan di laman web sendiri, letak signature di bawah email, letak signature dalam template SMS di handphone (bila kita taip SMS baru, dia akan add automatik di akhir sms), letak iklan dalam forum, letak iklan di Mudah.my (free lagi buat masa ni) dan sebagainya.

Kalau ada duit lebih, mungkin boleh cuba iklankan di Google (sebab ramai orang suka guna Google untuk search maklumat), suratkhabar, majalah dan radio. Asalkan kita pandai guna pendekatan, bahasa dan keyword yang “catchy”, iklan kita akan mendapat perhatian orang ramai. Iklan dari kawan-kawan juga penting (word of mouth). Biasa bila ada orang lain yang recommend produk kita, orang lebih suka berbanding dengan tawkey dia sendiri cakap. Pelik tapi benar ๐Ÿ™‚

Kat blog aku ni pun, aku dah letak satu ruangan khas untuk sesiapa yang ada produk dan perkhidmatan untuk diiklankan. Tujuan dia, nak bagi ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan yang bermodal kecil nak promosi produk mereka. Tapi aku akan check dulu sebelum approve setiap iklan yang dihantar. Bagi yang nak iklan berbayar, boleh letak banner atau imej kat dalam blog ni, kelebihan dia, iklan korang ada kat front page pada setiap masa (hehehe.. sempat lagi buat iklan) boleh contact aku untuk bincang jika berminat.

Okla tuan-tuan dan puan-puan, selamat bekerja, selamat berniaga, selamat berjaya dalam apa jua yang kita usahakan. Kejayaan insyaAllah milik semua yang berusaha. Bertawakkal dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan, insyaAllah banyak lagi yang datang, ye tak ๐Ÿ™‚

Terima Kasih

One thought on “Pentingnya Iklan

Comments are closed.