Belon Panas

      3 Comments on Belon Panas
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Korang tak pegi tengok ke belon-belon udara panas (hot air balloon) kat Putrajaya aritu? hehehe.. tahun lepas aku tak sempat pegi tengok, kesian kat anak-anak aku. Budak-budak memang seronok la kalau bab-bab belon ni, tambah pulak belon besar gedabak duduk depan mata. Taknak bergerak weii.. semua pakat nak naik.

Belon Levi's

Aku pegi petang Jumaat 19/3 ari tu. Sampai-sampai dah 2-3 bijik belon yang dah naik ke udara. Cari parking, jumpa dekat dengan Palace of Justice, menapak cross jalan yang dah mula jem dengan kereta. Ada pasar tani mega pulak masa tu, lagi la bertambah ramai orang. Macam ulat! hehehe..

Kawasan belon nak naik tu, dipagar keliling. Aisey, ingat boleh pegi jenguk dekat2. Dah macam sarkis pulak dah.. tengok dari jauh je. Apa lagi, tengok aje lah dari tepi pagar aksi krew-krew dan tukang sebok yang dok keliling bakul belon yang sedang dipam bahang api dari gas  (taktau gas apa dia pakai, macam gas memasak je hehehe). Sambil pengacara dok kecoh memberitahu maklumat-maklumat berkenaan pasukan yang menyertai pertunjukan belon panas tahun ni. Aku sempat jugaklah snap few photos, tapi takat zoom lens 200mm, takleh nak focus subject dekat2 pun.

Belon Monaco

Sampai masa belon darth vader kembang, tiba2 cuaca berubah hahahaha.. ini la hebatnya ciptaan Allah. Dia suruh balik siap-siap solat maghrib weii… dah dekat pukul 7.15 dah rupanya aku dan anak-anak dok tertonggok tepi pagar tu hehe.. tak sedar pulak. Pengacara cakap, belon darth vader ngan jeans levi’s tak jadi terbang pasal cuaca bahaya. Takut nanti tersasar takleh turun lak belon tu kena tiup angin ribut hehehe..

Belon Darth Vader

Macam-macam gelagat orang boleh kita tengok bila ada acara-acara terbuka macam ni. Ada yang muka happy, ada yang muka rimas sebab panas, ada yang muka masam, ada jugak yang muka kelat cam takde perasaan hahahaha… kira kalau takde keje tu, best jugak dok tinjau gelagat orang ni. Yang usung kamera pulak punya la ramai. Dari sekecik-kecik camera phone, sampai la camera bagak dengan lens panjang macam belalai gajah. Fuhh, dasyat gears diaorang ni.

Apa yang penting, waktu dan masa yang terluang kalau dapat kita gunakan untuk bawak anak-anak jalan-jalan, memang best lah. Ya lah, asyik dok sibuk nak cari duit saja, otak dan badan ni kena jugak kita bagi berehat buat aktiviti riadah lain, barulah hidup jadi lebih ceria hehehe.. bila hidup happy, nak invest pun happy, tak gitu?

Bukan apa, kesihatan, kententeraman jiwa, ketajaman berfikir, emosi dan jiwa yang stabil bukan boleh dapat macam tu je. Kena usaha untuk bentuk supaya sentiasa sihat zahir dan batin. Penting tu wei.. sebab kalau emosi dan kesihatan kita stabil, insyaAllah, kalau buat apa pun, kita lebih fokus dan sabar. Kalau kerja tu berjaya, kita akan bertambah happy. Kalau kerja tu kurang berjaya atau gagal, emosi kita juga bersedia untuk terima, sebab itu bukan rezeki kita.

Semoga minggu ni akan membawa rezeki dan kegembiraan buat semua 🙂

Terima Kasih

3 thoughts on “Belon Panas

Comments are closed.