Malu Bertanya Sesat Jalan

      5 Comments on Malu Bertanya Sesat Jalan
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum kawan-kawan.. hehehe apa khabar? dah kaya raya dah ke semua?.. wow, aku tumpang happy kalau masing-masing dah dapat tingkatkan passive income yang diidamkan.

Dua-tiga menjak ni, ramai yang dok tunjuk minat belajar FCPO. Gara-gara pie dok update cerita pasal ni hari-hari kat blog dia, bertalu-talu komen dan soalan diajukan oleh mereka yang berminat untuk belajar. Memang baguslah kalau ada minat tu, dan bagus jugak untuk pergi berguru dengan cikgu yang muktabar, sebab kalau salah guru nanti dapat ilmu sesat. Nanti orang lain elok je jalan lurus, kang ada pulak yang jalan cam ketam hehehe..

Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada cikgu-cikgu CPO aku yang sudi curah ilmu “how to trade” dengan betul. Memang tak puas lagi aku nak belajar pasal ilmu CPO ni, sebab so far masih dalam posisi loss (rugi la beb). Benda ni bukan boleh pandai sehari dua. Ada tu, bertahun-tahun trade baru jadi pandai. Ada jugak yang kecundang. Masing-masing kena tahu manage tahap risiko yang sanggup diambil (risk management).

CPO dan juga pasaran komoditi ni memang menarik untuk dipelajari. Selagi ada pokok sawit ditanam dan dituai hasilnya, so selagi tu lah pasaran CPO ni akan wujud. Ditambah pulak, FCPO market di Malaysia ni antara yang terkenal untuk dijadikan benchmark practise bagi traders yang nak belajar tentang pasaran hadapan (futures market). Jadi, supportlah barangan buatan Malaysia hehehehe…

Dalam posting yang lepas-lepas, dah ada few pointers dan website yang aku share untuk mereka yang nak tahu serba sedikit pasal FCPO ni. Aku takleh nak ulas panjang lebar sebab aku sendiri tengah belajar lagi. Kalau korang rajin, just browse through the Internet dan baca sikit-sikit pasal futures trading, candlestick pattern, technical analysis (parabolic SAR, stochastic, moving average, bolinger bands, etc..etc.). Baca sampai lebam! hehehe..

Lepas tu, bolehlah cari cikgu yang offer kelas FCPO for beginners. Dalam kelas ni nanti akan diterangkan lagi asas-asas trading. Boleh tanya cikgu secara langsung kalau tak paham. Jangan gelojoh terus nak trade kalau ilmu tak cukup. Kena banyak bertanya dan belajar sampai paham. Lepas tu barulah confident masuk market.

Sepertimana instrument pelaburan lain, FCPO ni ada risiko dia. Yang paling besar ialah margin hangus sebab rugi. Side effect lain ialah, anda akan jadi rosak akhlak hehehehe…. tak bercakap dengan orang sekeliling, suka sepak kucing, tak shave janggut dan misai (berserabai), malam-malam mimpi candlestick dok pusing-pusing, dan macam-macam gejala rosak akhlak lagi hehehe..

Jadi, dinasihatkan sekali lagi, carilah guru yang muktabar. Bacalah buku banyak-banyak. Kaji dan fahami semua kaedah, analisis dan maklumat yang perlu digunakan untuk menjadi successful trader. Buat backtest dengan analisis dan kaedah yang anda selesa. Create trading system (plan) sendiri. Percaya dan disiplin dengan trading system tersebut. Jangan malas, jangan gelojoh dan jaga emosi. Yang selebihnya, kita berusaha. Rezeki Allah yang tentukan.

Renung-renungkan, dan selamat berjalan 😀

Terima Kasih

5 thoughts on “Malu Bertanya Sesat Jalan

  1. kepakemas

    Bung Dodi, tumpang lalu kat sini boleh tak?? Saya takut sesat di jalan yang lurus nanti…..hehehe

  2. engkubujal2211

    abg dodi punya blog best la…
    bukan pasal invesment je yg bincang….lawak pn ada…kekeke

  3. PG

    Salam sahabat..
    Ada sedikit info…Sila baca buku `candlestick for dummies`..ni bagus untuk tahu tentang (ana hanya baca ebook dia jer..berpinau2 mata..hehe)..sama mau ebook dia boleh lah ana email kan kat ana…itupun kalau broadband laju..Ana pun masih dok baca2 lagi ni..masih dok bertak tih…
    1.Candlestick
    2.Moving average(SMA,EMA)
    3.Bollinger bands
    4.RSI (Relative strength index)
    5.Parabolic SAR(stop and reverse)
    6.Stochastics

    Dalam ni takda
    1.MACD(moving average convergence and divergence)–Ni kena baca kat buku lain..hehe
    2.Fibronicci–ni pun kena baca kat buku lain..ni ana pun belum baca lagi..

    email ana:drhafizi@hotmail.com
    `sharing is caring`
    pgcare.blogspot.com

Comments are closed.