Kaki Bakar

      8 Comments on Kaki Bakar
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Hahaha.. tajuk ni bukan filem kaki bakar tu.. ni cerita lain hehe..

“2-3 menjak” ni, ada beberapa kawan aku yang dah berenti kerja (kira financially free lah) duduk call dan SMS cerita-cerita happy diaorang dapat sales dan revenue yang banyak hasil titik peluh mereka bekerja sendiri. Aku panggil diaorang ni “kaki bakar”.

Sebab apa? sebab diaorang dok panaskan telinga aku dengan cerita-cerita best camne diaorang boleh generate untung dengan mudah tanpa perlu kerja penat-penat makan gaji macam aku hehehe.. memang terbakar kalau dengar. Cuma belum tahap rentung je lagi.

Diaorang buat macam tu sebab nak “bakar semangat” kawan-kawan rapat supaya do something. Yang diaorang ni suka, kalau dapat tengok kawan-kawan sendiri yang berjaya. Macam-macam cerita dan kisah diaorang dok share bagi kita perangsang untuk start something. Tapi, aku stay cool aje hehehehehe… as long plan aku stay on track, aku tak kisah pun diaorang bakar hari-hari hehehe..

Ada yang bermula dengan modal tak sampai RM40K, jatuh bangun sendiri tanpa sokongan rakan-rakan. Siap family sendiri pandang sinis dengan usaha dia waktu permulaan. Ada satu ketika tu, terpaksa pinjam sekejap duit kawan untuk buat beli barang.  Sekarang… dia dah berjaya..  bisnes main jual-beli tunai saja, takde hutang-hutang. Bukan buat benda pelik pun, jual barang-barang pertanian saje. Sales kadang tu mencecah puluhan ribu per transaction.  Yang lagi best, dulu dia beli dengan supplier, sekarang supplier tu pulak beli dari dia…hehehe best kan.

Ada kawan tu pulak, pakai kain pelikat je buat kerja dari rumah. Sambil jawab telefon, boleh update info-info pasal pelaburan dan promosi di Internet. Petang pulak, gi kutip cek dari lawyer, cek dari buyer dan ambik modal dari rakan JV. Bila malam, bakar kawan-kawan ajak teman dia gi dinner… lepas tu bukak cerita macam mana dia dapat opportunity buat duit, mau tak terbakar kita bila dengar…hehehe macam-macam bila orang dah financially free nih.

Ada jugak yang ajak kita cuti dan lepak dekat kopitiam. Sambil lepak, sambil trade saham. Baca fundamental news, tengok graf, fahamkan candle stick dan indicator sama-sama, lepas tu park order. Main 1 lot hingga 5 lot je (je???), dapat sehari dalam RM200~RM300 boleh balik la… aiyaaaaaa…. lagi kasi bakar saya punya hati hehehehehe…

Nak cerita kat sini, kalau kita dah ada planning yang baik, dah test plan “money machine” kita tu secara praktikal dan hasilnya boleh dilihat positif dan konsisten,bolehlah kita kembangkan lagi supaya ianya dapat generate monthly income yang mantap. Bagi yang risk taker pula, mungkin kaedah mereka lebih mencabar dengan menceburi bidang pelaburan yang high risk (contoh saham).

Pilihan dan cara masing-masing. Bila portfolio kita dah mantap, barulah boleh tepuk dada tanya selera, mau berenti atau terus bekerja macam biasa. Lepas tu, boleh apply jadi ahli group “Kaki Bakar” macam yang lelain dok buat kat aku sekarang ni hahahaha.. kurang asam betul hehehe..

Selamat membakar kawan2, jangan sampai rentung dah ler.. 😀

Terima Kasih

8 thoughts on “Kaki Bakar

  1. engkubujal2211

    salam uncle
    saya yg takde kena mngena pn terase tbakar..hehehe
    tp tbakar dgn baik takpe, moga lepas ini akan mberi semangat. dan terus pantas&cergas mjadi seperti si kaki bakar itu…hehehe

  2. Diver

    woowww…
    terasa juga kawan…
    kekadang kena bakar oleh ‘geng bakar’..(elok juga beri nama ni, uncle..)
    tetambah,..kita asyik merelakan ruang masa kita untuk me’neman’ mereka…
    opps…silap!! sebenarnya,..dia orang sengaja melayan kita..
    kesiankan kita yang masih berpenat lelah untuk membesarkan periuk nasi orang lain….

    cuma,..kawan masih bertahan…
    selagi masih ikut track …sesambil cari jalan..
    nak jadi ..Kaki Bakar juga!!

    apapun…
    jaga-jaga…
    ambil nafas panjang….
    renung kedalam diri…
    lihat sekeliling..
    tepuk buku PI kita…
    juga pro n con nya..
    then…hmmm..hmmm..
    cari lah mancis api..!!
    .

  3. md

    @Diver.. tuan bukan ke dah masuk group “kaki bakar” huhu.. takpelah, bakar semangat untuk kita sama-sama naik, kira OK lah.. jangan bakar untuk jatuhkan kita sudahlah.

    @wakata.. hahaha terasa “terbakar” ke?.. huhuhu

    @engkubujal… ya, bila dah kena bakar, sure “panas”.. so cepat-cepat jalannnn.. 🙂

    @remy..mesin duit ada macam-macam bentuk dan macam-macam saiz.. boleh tempah ikut suka hati masing-masing hehehe..

  4. Tivisiana

    woowww…
    terasa juga kawan…
    kekadang kena bakar oleh ‘geng bakar’..(elok juga beri nama ni, uncle..)
    tetambah,..kita asyik merelakan ruang masa kita untuk me’neman’ mereka…
    opps…silap!! sebenarnya,..dia orang sengaja melayan kita..
    kesiankan kita yang masih berpenat lelah untuk membesarkan periuk nasi orang lain….

Comments are closed.