Bila Kawan Jadi Rakan Kongsi

      6 Comments on Bila Kawan Jadi Rakan Kongsi
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Lama jugak aku tak update kisah-kisah terkini tentang aktiviti bersangkutan dengan pelaburan dan pasif income kat sini. Kebetulan pulak maid aku balik bercuti ke Indon 3 minggu, kelam kabut sekejap nak urus hal anak-anak masa cuti sekolah nih. Bagi peluang dia balik holiday, sejak 8 tahun dia keje, baru 2 kali dia balik holiday. Suspen jugak ni, kot2 dia balik kawin, sah-sah tak datang balik dah sambung keje..huhuhu..

Kali ni aku nak sambung lagi pasal bestnya bila kita establish network dengan kawan-kawan yang ngam dan sekepala dalam pelaburan. Ada kalanya, kawan-kawan ni pun sama macam kita jugak, ada limited resources dari segi duit, pengetahuan, peluang, masa dan tenaga. Jadi bila bergabung bawah satu bumbung, banyak benda boleh dibuat secara kerjasama.

Kat sini, kita perlu tahu buat analisa risiko dan peluang, menentukan jumlah modal dan pulangan, mengenalpasti kaedah memulakan langkah serta menamatkannya, agar semua yang kita sasarkan akan dapat dicapai dengan sempurna.

Baru-baru ni, aku ada berbincang dengan beberapa kawan yang sealiran, untuk invest dalam beberapa projek yang menarik. Ada la few proposal yang kami akan jalankan. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami tu, ada lah. Kita berusaha, Allah yang tentukan.

Kita memang perlu bergerak dari satu tahap ke tahap berikutnya kalau nak berjaya. Dari situ, kita akan belajar teknik baru dan dapat bina trust relationship antara rakan pelabur. Modal yang dikumpulkan bersama, boleh digunakan dalam pelbagai projek yang berpotensi, dan keuntungannya juga boleh dikongsi sama rata, atau dimasukkan kembali ke dalam dana modal yang asal. Kadang-kadang tanpa sokongan kawan-kawan, kita susah untuk berhijrah dari tahap sekarang ke tahap yang lebih tinggi.

Hehehe.. bosan la pulak dok cerita konsep-konsep ilmiah ni. Kita ambik satu contoh la senang nak sembang. Katakan, kita ada modal sebanyak RM10K di tangan. Apa yang boleh kita buat dengan duit sebanyak tu?

Ada orang akan invest untuk beli apartment kos rendah atau sederhana yang berharga RM100K ke bawah. 10% downpayment boleh diambil dari duit RM10K kita tu tadi. Lepas tu, macam biasa, pegi apply loan dari bank-bank yang bagi pakej dan interest/keuntungan yang menarik. Lepas tu, apartment tu boleh disewakan untuk kita dapat pulangan tiap-tiap bulan. Lepas tolak monthly installment kat bank, lebihannya adalah positive cashflow. Kita boleh simpan atau belanjakan kalau mahu. Ini adalah classic scenario contoh mudah untuk mulakan pelaburan hartanah.

Sekarang kita tengok pulak, macam mana RM10K tu tadi boleh digunakan untuk menjana pulangan selain dari membeli sebuah apartment low cost. Katakan, kita ada 4 orang lagi yang turut ada RM10K di tangan mereka. Gabungkan kesemua duit tersebut, kita akan ada RM50K. Dengan modal sebanyak RM50K, macam-macam benda kita boleh buat. Kalau kita suka beli property, samada nak beli lebih dari 1 property low cost, atau nak go for medium cost yang boleh bagi monthly rental yang lebih tinggi. Hold 2-3 tahun, lepas tu boleh jual untuk take profit.

Atau pun, sapa yang minat trading, dah boleh buat modal untuk beli barang-barang, transit sekejap dan hantar kepada pembeli secara tunai. Dalam masa 3 bulan gitu, dapat balik modal plus profit. Ulang balik proses sama 2-3 kali sampai dah bosan hehehe… kira jumlah profit dan boleh “faraid”kan keuntungan tersebut dengan rakan-rakan JV.

Itu baru modal RM10K. Kalau sorang ada RM50K? RM100K? RM 200K?.. boleh bayang apa yang kita boleh usahakan dengan modal tunai sebanyak tu?. Of course, kalau kaki kelentong, silap haribulan, modal ke mana untung ke mana. Sebab tu, kita kena cari kawan-kawan yang kita dah trust. Kena buat proper paperwork dan sign legal agreement untuk protect interest masing-masing. Buat secara professional biar terang lagi bersuluh. Lepas tu, mulakan langkah sama-sama.

Kalau dulu, kita seringkali dengar cerita orang kita suka “bunuh” orang lain untuk naik. Aku rasa, sekarang ni sapa yang masih ada sikap macam tu akan tertinggal di belakang. Kalau solat pun disarankan berjemaah sebab banyak pahala dan fadhilatnya, inikan pula aktiviti seharian kita, termasuklah pelaburan.

Renung-renungkan, dan selamat berJV 🙂

Terima Kasih

6 thoughts on “Bila Kawan Jadi Rakan Kongsi

  1. wakata

    Cermat dan padat tulisan uncle.
    Bila plak turn saya nak JV ngan uncle?
    Kena queue ke uncle? hee..

Comments are closed.