Kereta Control

      7 Comments on Kereta Control
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Haha.. apahal dengan kereta control pulak ni? hehehe.. takde lah, minggu lepas anak-anak aku secara senyap-senyap ala komando dah ajak bini aku pegi Jusco. Rupa-rupanya dah lama diaorang pasang plan nak sambar kereta control yang dia tengok dalam TV3 – Flash and Dash.

Kalau nak harap aku belikan kereta control tu, sorry lah, baik aku belanja diaorang makan daripada “membazir” (kesian hahaha..) beli permainan tu. Sebijik dah dekat RM40.00, itu pun yang paling “chokia”. Lepas tu aku kena belikan 4 bijik sebab kalau tak berebut. Nasib baik anak aku yang bongsu tu masih baby lagi, kalau tak 5 bijik dok racing kat dalam rumah hahaha..

So diaorang pun slow talk dengan bini aku cakap – “saya pakai duit raya saya, boleh ummi?” dan buat muka seposen dekat bini aku. Bini aku memang senang “cair” dengan pujukan anak-anak. Mula-mula 2 orang je beli. Balik rumah bila abang-abang dia tengok macam best je, diaorang pun nak jugak. So total 4 bijik dok racing dalam rumah. Best tengok diaorang main, kadang tu aku pun curik main sama..wakakakaka..

Kalau nak diikutkan, ok jugak apa yang budak-budak tu plan. Takde pun dia menyusahkan kitorang untuk spend atas hobi dioarang. Since dia ada “hajat” (matlamat) yang nak dicapai, diaorang dah plan dan berusaha untuk dapatkan “dana” yang diperlukan. Patutlah masa raya hari tu, masing-masing bersemangat betul kalau ajak pegi beraya rumah jiran-jiran. Hahaha.. semuanya mata duitan!.. huhu..

Sekali-sekala suka jugak tengok diaorang happy. Janji tak melampau sangat. Masa tu, kita kena pandai selitkan unsur-unsur pendidikan. Contohnya kita kena cakap, beli permainan ni tak bermaksud korang berjaya spend sesuka hati. Korang boleh enjoy sekali sekala saja, yang lebih bagus ialah menyimpan untuk kegunaan lebih penting. So, takde lah diaroang tu lupa daratan hehehe..

Majoriti duit raya diaorang tetap disimpan dalam bank. Kira ok lah sebab dioarang dah sedar kepentingan menabung dan menyimpan untuk masa depan. Kalau kecik-kecik tak diajar menyimpan, nanti dah kerja dan ada gaji sendiri, dah susah nak jadikan tabiat menyimpan.

Kalau kita tengok diri kita pulak, kadang-kadang kita sendiri suka untuk “berbelanja” sekali sekala. Rasa happy dan tenang je kalau dapat spend duit sekali sekala untuk hobi. Ada orang suka pegi shopping. Ada yang suka melancong. Ada yang spend beli aksesori kenderaan. Ada juga yang spend dengan bersedekah dan menderma kepada orang yang memerlukan. Macam-macam cara dan gaya orang spend untuk keseronokan.

Jumlah yang digunakan biasanya beberapa peratus dari pendapatan bulanan (atau tahunan) yang kita perolehi. Tujuannya bukan untuk membazir, tetapi lebih kepada memberi ganjaran sekali sekala atas penat lelah yang dah kita korbankan. Masing-masing dengan cara masing-masing untuk reward themselves. Asalkan cara tersebut tidak mendatangkan kesusahan kepada kita, buatlah. Kadangkala reward tersebut boleh meningkatkan motivasi kita untuk berusaha lebih gigih. Itu yang positifnya.

Yang kita tak nak ialah, belanja yang dihabiskan untuk bersuka ria terlalu besar dan merugikan. Kita taknak gara-gara nak reward diri kita sendiri, akhirnya menyebabkan kita dalam kesusahan macam kena bayar hutang (kad kredit contohnya), simpanan dalam bank susut, simpanan kecemasan kehabisan, duit untuk pelaburan yang lebih menguntungkan berkurangan dan macam-macam masalah lagi.

So, setiap kali kita terasa penat dan bosan untuk berusaha menambahkan pasif income disamping tanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti kerja kita seharian, cuba bayangkan ada “ganjaran” menanti kita di hadapan. Ganjaran yang ditentukan kita sendiri. Best kan.. hehehe..

Terima Kasih

7 thoughts on “Kereta Control

  1. Lukeman Yusoff

    Salam ziarah. Saya setuju dengan Tuan. (1) Rewards diperlukan sesekali untuk memotivasikan diri. (2) Pembesaran anak2 juga perlu diseimbangkan antara permainan2 indoor vs outdoor, fizikal vs rohani/spiritual, tegas vs lembut etc. Moga mereka dpt membesar menjadi insan2 yang terpilih

    1. md Post author

      Lukeman.. mudah-mudahan begitulah hendaknya kan.. yang kita tak nak, lalai sebab asyik nak enjoy saja. sedar2 duit dah berkurang, hutang yang tak berfaedah pulak keliling pinggang.

      terima kasih sudi singgah sini 🙂

  2. pie2020

    unclee .. sila bawak anak awakk datangg rumah saya… ada 2 bijik kete controll pakaii minyak nyee kat rumah saya… buat perhiasaann jee… kalau boleh saya nak buat GTR masukk dlmm almarii kaca jee lah.. hehehhe…

  3. md

    pie.. anak saya memang mintak belikan yang pakai minyak tu.. awak nak present kat diaorang ke?.. sure happy tak tido malam kalau betul.. huhu

  4. pie2020

    hehhe …. saya boleh kasii presentt..tapii awak kasii present kat saya motor GS ….. main kete minyakk lagii bestt ..bunyi diaa .. wwow…satuu kepuasannn ..camm pakaii motor besar yg dah tukarr exhaust yoshii atau akrapovic…

  5. pie2020

    nakk demoo yerkk …. dah berkurun aku tak start kete tu .. kena tukar plug dia duluu … bling selaluu layann kete controll….. ok jeekalau mauu start kann kete aku tuu … eheheheh..

Comments are closed.