Beli Property Juta-Juta

      3 Comments on Beli Property Juta-Juta
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku tengok iklan dalam Mudah, banyak jugak hot property yang harga dia cecah jutaan ringgit. Kebanyakannya commercial properties macam rumah kedai, rumah pangsa 4 tingkat 8 bilik, resort dan sebagainya.

Kalau dihitung secara kasar, return dari sewaan property ni agak lumayan. Cuma yang tak tahan ialah harga belian yang mahal dan memerlukan modal awal yang besar.

Bagi investor hartanah kecil-kecilan macam aku nih, memang tak menciumlah bau nak beli hot property juta-juta nih. Tapi mana tau satu hari nanti, tercapai jugak hajat nak dapatkan property macam ni sebab return dia lebih tinggi dari pembelian apartment untuk disewakan.

Untuk beli property RM1 juta, aku fikir at least kena ada duit dalam tangan RM500K. Baru sedap nak invest. Tapi kat mana nak cari RM500K? hehehe…

Mula-mula, sudah tentu perancangan rapi dan teliti perlu dibuat agar kita tidak tersilap langkah. Kenalpasti jenis hartanah yang kita ingin beli, dan juga kenal pasti lokasi yang tidak akan mendatangkan masalah untuk disewakan atau untuk dijual kembali pada harga yang lebih tinggi.

Jika kita bersabar beberapa tahun, pada kebiasaannya, nilai hartanah di lokasi yang hangat akan meningkat beberapa peratus (kadang2 sampai 20%). Katakan target commercial property yang kita ingin beli 3 tahun akan datang ialah RM1.5 juta, dan kita akan menggunakan loan bank untuk membeli hartanah tersebut.

Namun, kebiasaannya kita perlu ada 10~20% (150K~300K) wang tunai untuk membayar deposit, fees2 tertentu dan juga tunggakan bil jika ada. Selebihnya (80% ~ 90%) akan kita gunakan dari kelulusan pinjaman bank.

Jarang bank akan luluskan permohonan pinjaman jutaan ringgit kepada individu. Sebab tak ramai orang yang bergaji RM50K sebulan di Malaysia hehehe.. So macam mana kita nak apply loan lebih dari 1 juta?

Bagi yang ada company sendirian berhad. Kita boleh tunjukkan record duit keluar masuk dalam akaun bank kita untuk meyakinkan pihak bank kemampuan syarikat kita membayar pinjaman yang dipohon. Ada bank memerlukan penyata akaun selama 2 tahun atau lebih. Ada juga yang nak tengok 1 tahun saja. Bergantung.

Perlu ke ada company sendirian berhad?. Memandangkan kita dah ada beberapa property yang kita manage, apa salahnya kita setup sebuah company untuk manage property2 tersebut di samping nak create transaction records dalam akaun bank kita. Company tersebut boleh juga digunakan untuk business-business selain dari property management.

Satu lagi cara kalau taknak setup company sendirian berhad, kita boleh gandakan duit dari hartanah sedia ada melalui cara refinance/remortgage property tersebut setelah beberapa tahun bila market valuenya meningkat. Dapatlah duit extra bila kita refinance.

Cuma kaedah ni makan masa sikit lah, silap-silap property yang kita target nak beli, dulunya berharga RM1 juta, telah meningkat menjadi RM5 juta!.

Atau pun, kita boleh jualkan property yang kita dapat di bawah market value pada harga yang setara dengan market value untuk dapat quick gain.  Ulang cycle ni beberapa kali (beli propery lain dan jualkan semula setelah harga meningkat), kita akan dapat gandakan modal asal berpuluh-puluh ribu lagi. Walaupun cara ni nampak makan masa sikit untuk tunggu loan buyer disburse, namun ianya dapat meningkatkan modal asal yang kita ada.

Mungkin juga, selain dari refinance atau jual-beli property, kita juga boleh menceburi investment portfolio lain yang boleh memberi pulangan yang baik untuk menambah lagi tabungan tunai modal investment kita.

Itu gunanya kita perlu sentiasa revise perancangan kewangan kita, supaya kita boleh kenal pasti keperluan untuk mencari medium pelaburan baru untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Jangan cepat kelabu mata bila duit dana modal kita semakin bertambah. Ingat! kita sedang mengumpul dana 10%-20% sahaja!, jadi ianya bukanlah banyak mana pun kalau kita tak beringat dan asyik berjoli.

Lagi bagus kalau kita mampu adakan 50% modal tunai. Kita cuma perlu “cari” another 50% dana untuk dapatkan property yang kita target tu. Mungkin jugak kita boleh wujudkan pakatan dengan rakan kongsi yang terpilih.

Cabaran yang kita akan hadapi selepas ada dana yang diperlukan ialah untuk berurusniaga dengan penjual supaya kita dalam situasi menang. Jika perlu hire lawyer dan surveyor, buat perkara itu untuk pastikan kita tidak tersilap langkah.

Once done, negotiate harga, dan sediakan perancangan baru bagaimana kita nak pastikan consitent income dari aset baru yang kita miliki tersebut. Perancangan ini penting supaya positive cashflow kita bertambah dan kekal.

Sebab tu orang yang sentiasa merancang untuk berjaya, akan berjaya!, insyaAllah.

Kalau cara ini berjaya, kita cuma perlu ada satu atau dua property juta-juta sahaja untuk create steady income sehingga ke akhir hayat!.

Terima Kasih

3 thoughts on “Beli Property Juta-Juta

  1. pie2020

    wowow.. projek juta juta … saya mestii pilehhh… awakk nak setup company sendirian berhad kee…..nantii awakk nyee companyy makan gaji marah tauu … hehehehe

Comments are closed.