Kehebatan Bulan Puasa

      Comments Off on Kehebatan Bulan Puasa
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan Muslim yang singgah di blog aku ni. Hari ni, ialah hari pertama kita berpuasa.

Syukur, alhamdulillah, dapat lagi kita dipertemukan dengan bulan ramadhan yang penuh keberkatan. Rugi betul kalau kita biarkan ramadhan berlalu tanpa kita dapat pertingkatkan amal ibadah dengan ikhlas.

Kalau dalam kerja, kita tertunggu-tunggu saat-saat nak dapat bonus tahunan. Jadi, ini bonus jauh lagi hebat dari bonus gaji yang kita dapat setiap tahun. Tambahan pulak, ada satu malam yang dijanjikan pahala ganjarannya seumpama beramal 1000 bulan. Banyak tuuu…

So, sama-samalah kita berusaha untuk kekang hawa nafsu kita dari berbuat perkara-perkara yang mencacatkan pahala berpuasa kita, disamping tu kita sama-sama cuba menambah amal ibadah sunat dan memperkemaskan ibadah fardhu supaya ianya lebih baik dari sebelum ni.

Bercakap pasal bulan puasa ni, selain dari kita digalakkan menambah amal ibadat, korang sure tak sabar-sabar dengan “tarikan” lain yang hanya ada di bulan ramadhan. Contohnya bazaar ramadhan. Huuiii.. aku tengok kat taman perumahan aku ni je pun dah cukup. Puasa baru hari pertama, pagi-pagi lagi ada peniaga dah pacak khemah nak meniaga petang nanti hahahaha.. semangat betul.

Baguslah, rezeki halal, tak salah pun. Janji diaorang tu buat usaha yang ikhlas. Time macam ni la nak dapat untung lebih sikit. Sebab sambutan memang takde masalah. Orang duduk di bandar ni takde masa sangat nak masak banyak-banyak. Abis kuat pun masak nasik, lauk sejenis dua. Yang lain-lain tu “import” dari bazaar ramadhan hehe…betul tak?.

Kadang-kadang, syok jugak layan gerai-gerai kat bazaar ramadhan tu. Macam terapi minda pun ada. Sekali setahun je ada festival jualan juadah berbuka secara besar-besaran macam ni. Orang Malaysia ni memang terkenal kalau bab makanan. Macam-macam jenis makanan diaorang boleh masak. Itu pasal penyakit pun pelik-pelik orang kita kena hehehe..

Aku teringat masa berpuasa kat UK tahun 2002 dulu. Fuh, punya la gian nak merasa kuih-kuih eksotik Malaysia. Terliur beb teringat kat juadah-juadah berbuka orang Malaysia. Masa tu dapat berbuka simple-simple je.. dugaan sungguh.

Bulan puasa ni jugak, macam-macam bisnes lain naik mendadak. Aku rasa kat negeri Arab sana, orang dia tak gian sambut raya besar-besaran macam kita kat sini rasanya. Raya punya pasal, segala benda kalau boleh kita nak tukar hahaha… best betul gi shopping time puasa. Semua nampak cantik dan hebat. Kalau tak disebabkan kocek berlubang, aku rasa satu Jalan TAR atau Masjid India tu kita nak borong ye tak..hahha..dahsyat orang Malaysia..

Itu belum pesta konvo..eh..pesta jual kuih raya kat ofis-ofis lagi..huhu.. akak-akak promoter kuih raya akan menayangkan sampel-sampel kuih raya pelbagai jenis dan nama untuk ditempah. Canggih sekarang ni, dah takyah dah bersengkang mata malam-malam nak bakar biskut dan kuih raya. Semua dah instant. Janji bayar…semua mariii… ye tak? hehehe..

Yang berebut tapak bazaar ramadhan pun tak kurang hebatnya. Ye lah, mana nak cari peluang buat bisnes sure untung punya. Walaupun penat, tapi berbaloi beb kalau dapat untung puluh ribu kerja 1 bulan. Itu baru jual seluar jeans dan telekung je.. kalau yang jual macam-macam dan supply banyak tempat.. mau ratus ribu untung diaorang bulan puasa ni… ngancam betul..

Apa pun yang kita nak buat masa bulan puasa ni, harapnya ia takde lah sampai tergadai matlamat utama ramadhan tu sendiri. Kalau ada peluang tambah rezeki, alhamdulillah, apa salahnya.

Cuma harap-harapnya, takde lah tertinggal perkara utama dan pokokĀ  sebab peluang jumpa ramadhan ni bukan kita boleh confirm dapat lagi tahun depan. Silap-silap, ini ramadhan terakhir kita yang diberikan ALlah.. huhu… tak berani nak komen lebih la..heheh.

Selamat berpuasa ye geng.. jangan putuskan jari anda kerana mercun! hahaha..

Terima Kasih