Kawan Yang Baik

      5 Comments on Kawan Yang Baik
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku baru balik dari minum-minum (bukan mabuk weh..haha..) dengan sorang kawan baik aku sejak tahun 1997. Kenal secara tidak sengaja masa kitorang sama-sama join group My-Linux.org (dah takde dah group asal ni, legasi dia ada kat MyPenguin99 mailing list saja sekarang).

Kawan aku sorang ni hebat secara luar dan dalam kalau bab IT. Cakap saja apa bidang IT yang korang nak tahu, programming, networking, hardware, engineering aspect, apa saja lah, dia boleh kawtim. Power tak? hehe..

Pendek kata, kalau aku tanya dia soalan teknikal, semua dia boleh jawab. Wikipedia pun takde jawapan tu kadang2 hahahaha..

Yang best pasal kawan aku ni, dia tak kedekut ilmu. Dia suka share apa yang dia tahu. Kita cuma kena tanya saja, dan dia ready untuk terangkan sampai kita faham. Itu yang aku suka sangat cara dia. Humble dan merendah diri orangnya, tapi banyak ilmu di dada.

Aku dengan dia pernah satu ketika dulu form satu company untuk buat cybercafe dan training on Linux dekat Bandar Baru Sentul. Lepas beberapa minggu, cyberface tu kitaorang tutup sebab takde sambutan hahaha.. Terus kawan aku tu focus balik buat kerja freelance dia. Masa tu dia suffer sangat-sangat. Kerja tak menentu, bayaran tak setimpal, komitmen dengan family pun terganggu. Wife tak kerja pulak tu, anak dah ada 2 orang.

Sedih aku tengok kawan aku masa tu, sebab dia sorang je yang fulltime, tapi pendapatan tak menentu. Kadang tu, anak dia sakit, dia tak mampu nak bawak ke klinik untuk dapatkan rawatan. Aku masa tu gaji tak besar, baru keje 2-3 tahun, berapa sen sangatlah duit gaji aku. Dah la tanggung adik-adik aku tengah belajar lagi, tak dapat aku nak tolong kawan aku tu.

Nak dijadikan cerita, rezeki Allah nak tunjuk, satu hari tu, hari anak ke-2 aku lahir, aku terima satu call dari member aku tanya orang yang tahu buat website. Since aku memang teringat sangat nak tolong kawan aku yang buat freelance job tu, aku setuju untuk jumpa client kawan aku yang nak cari orang website tu.

Lepas aku gi jenguk anak aku kat incubator hospital (masa tu dia lahir tak cukup bulan, kecik je, tapi sekarang badan dia..ya Allah, semangat!, kalau sapa pegi meeting KOOP PMC aku ada bawak anak aku tu, itu la budak yang lahir tak cukup bulan dulu hahaha..) dan inform wife aku yang aku nak jumpa orang, terus aku gerak ke  pusat latihan telekom jalan semarak. Masa tu diaorang attend kursus ape tah kat TTC, aku dah lupa. So kami set untuk jumpa di cafetaria di situ je.

Lepas dah berkenal-kenalan lebih kurang, client tu mula cerita problem diaorang dengan webhosting diaorang masa tu dekat Singapore. Mak aii, aku terkejut gak, apahal jauh sangat dia hostkan website sampai ke Singapore. Diaorang guna Microsoft Frontpage untuk design website tu. Tapi banyak limitation yang diaorang hadapi.

Diaorang ni sebenarnya ialah Doktor perubatan. Ada rangkaian klinik swasta di Terengganu. Tapi semua klinik tu dah jalan sendiri, ada doktor, pekerja dan sistem yang tak perlu dimonitor dari segi perjalanan business harian. So, diaorang nak start venture dalam business baru. Since IT baru nak boom masa tu, itu yang diaorang datang KL nak explore peluang business.

Aku pun apa lagi, mula lah cerita idea-idea business dengan Doktor-doktor tu (masa tu dua orang yang ada). Hehehe, diaorang terus ghairah nak try apa yang aku cerita, tapi masalahnya aku takleh buat apa yang aku cerita tu since aku masih bekerja dengan syarikat. So, aku suggest diaorang jumpa kawan aku yang memang tengah buat fulltime freelance. Diaorang setuju.

Lepas dah setel problem website doktor tu, bermulalah detik gemilang macam mana 2 good successful businessmen berjumpa dengan “permata yang belum digilap”.

Asal permulaan kerjasama kitorang ialah buat training Linux. Masa tu kami sewa office di Taman Sri Rampai, Setapak. Kitorang boleh dikatakan one of the pioneer yang buat Linux training secara formal di Malaysia.  Kebetulan pulak masa tu kawan aku tu presiden My-Linux.org (kumpulan pengguna-pengguna Linux di Malaysia) dan aku pulak AJK, so memang ada credential lah kursus yang kami buat.

Ingat lagi, since bajet takde, kami buat iklan pasal kursus di ruangan percuma event mingguan di Utusan Megabait (ruangan IT akhbar Utusan, sekarang dah jadi kolum saje). Masa tu kami disupport oleh 2 orang kawan lagi (kira partner). Sorang tukang buat air dan siapkan kuih muih untuk tea break, sorang lagi tukang susun-susun kerusi meja hahaha..lawak betul masa tu kitorang gotong royong conduct training.

Bila dah rasa agak lama buat training, kami perasan yang pendapatan sekadar cukup-cukup makan je. Lepaslah buat bayar sewa kedai dan api-air. Gaji kitorang pun takde. Bila tengok tak berapa menjadi training business kitorang, Doktor2 tu suggest untuk tukar focus kepada application development. Kawan aku pun berpindah ke Kuala Terengganu sebab main office group company doktor tu kat sana.

Hari ni, company yang mereka usahakan bersama dah berjaya hasilkan macam-macam application berasaskan teknologi open source software dan telah digunapakai kat banyak Universiti, jabatan kerajaan dan international customers. Solution diaorang pernah masuk exhibition hebat macam CeBIT di Hannover, Germany. MDec pun dah tauliahkan company diaorang MSC status, walaupun tak dimintak..huhuhu.. best betul.

Alhamdulillah, rezeki kawan aku tu bersama kumpulan doktor-doktor businessmen dari Terengganu tu. Sampai hari ni, kami masih keep in touch dan malam tadi, dinner aku dengan dia untuk discuss new idea.. hehehehe.. baaikkk punya idea..

Apa yang aku nak share kat sini, bila kita berkawan, selain dari seronok sebab boleh bersembang atau buat hobi yang sama, kenal pasti kelebihan dan kehebatan kawan kita tu. Ada orang cakap, kalau nak tahu kita ni macam mana, tanya kawan kita. Kawan ibarat cermin.

Kawan yang baik nilai dia lebih mahal dari emas dan duit. Kawan yang baik boleh memberi ilham, pandangan dan nasihat untuk kita membuat keputusan. Keputusan yang tepat akan menentukan tindakan kita betul dan berhasil.

Renung-renungkan, dan selamat berkawan… hehe..

Terima Kasih

5 thoughts on “Kawan Yang Baik

  1. krigg5

    seronok baca tulisan uncle, mcm baca buku cerita… hehe betul..susa nak cari kawan yg butut2 punye kawan zaman skrang…. byk kawan tipu/dengki sama kawan je…

    kawan uncle ni company apa yer.. penah jumpa satu org melayu masa kerja dulu, lupe nama dia.. tapi dia ade satu company yg hebat… based kat terengganu gak tu…

    betul3x… bukan calang2 company boleh exhibit kat CeBIT tu.. company malaysia boleh kira dgn jari je… 🙂

  2. md Post author

    @krigg5.. company kawan saya tu Mitechsoft Sdn. Bhd. Holding company dia Medi-Ihsan Sdn. Bhd. based in Kg. Losong Hj. Mat Shafie, Kuala Trengganu.. huhu.. kalau tengok office dia lagi tercengang tak sangka lepas ke merata dunia produk keluaran diaorang..hehe

  3. krigg5

    saya rase mcm penah perasan produk webcube dorang ni… 🙂

    org yg saya jumpa dulu dorg buat project broadband utk seluruh negeri terengganu/pantai timur… lupe nama company dia.. tapi solution dorg mmg superb sbb cost utk implement amatlah rendah dan berpatutan !! produk tempatan jugak…dah sampai luar negara gak … suka tgk company bumi/org melayu kita maju sampai ke luar negara…. rasa bangga pun ada…

    adehh lupalah nama company bumi tuh… denggg!!

  4. Wida

    Wow zaman my-linux.org nih.. Rindunya zaman tu.. Skrg dah tak guna linux langsung dah.. my-linux ni dulu group buat training murah2 tu kan.. Uncle.. macamana kalau ada idea.. tp xde kepakaran nak buat..

  5. halim

    Salam,

    Saya ada idea software yang boleh dijual. Cuma tak jumpa orang yang dirasakan sesuai untuk develop this sotfware. Dulu ada try sell this idea to one of kawan punya kawan, tapi tak jadi. Kalau sedara ada kenal programmer yang superb, tolong
    bagitau..
    TQ

Comments are closed.