Kisah Petani Moden

      3 Comments on Kisah Petani Moden
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Awal minggu ni, aku sempat bersarapan dengan seorang kawan yang aku kenal masa buat part time project dengan MIDF dulu. Masa tu, kami kena setup website, email dan firewall di MIDF guna Linux dan open source software.

Kawan aku ni “colorful” jugak perjalanan kerjaya dia. Pernah kerja dengan syarikat yang power, berhenti, buat bisnes sendiri, then masuk kerja balik dengan company public listed, pegang post group IT manager, then decide untuk berhenti untuk ceburkan diri secara fulltime dalam bidang pertanian.. hahaha.. power betul.

Masa dia decide nak quit dari kerja makan gaji dulu, aku tengok letih jugaklah dia struggle nak survive. Pernah dia ajak aku involve buat projek hospital information system (HIS) untuk sebuah hospital swasta di Kuantan. Sempat la terlibat masa awal-awal projek tu, tapi tak dapat teruskan sebab banyak sangat masalah.

Agak lama jugak aku tak tau apa dia buat lepas dari projek tu. Tup-tup tahun lepas dia call aku, ajak jumpa dia kat ladang cili fertigasi dia dekat Sg. Ramal Dalam. Wow!.. terkejut besar aku tengok ladang dia. Dekat 3 ekar dia tanam dengan cili. Siap dengan sistem pengairan automatik dan aturan poly bag yang kemas tersusun atas hamparan plastik di atas tanah. Tanah tu dia pajak dari tanah wakaf masjid.

Lama jugak dia share cerita macam mana dia boleh terlibat dalam projek tanam cili tu. Masa dia start dulu, dalam RM30K duit KWSP dia guna untuk start the project. Dia tak guna loan atau bantuan dari mana-mana jabatan pertanian atau Mardi untuk buat projek fertigasi tu. Dia nak grow dengan duit sendiri sebab taknak bergantung dengan orang.

Kebanyakan info tentang teknik dan cara penjagaan tanaman dia dapatkan dari Internet dan kawan-kawan yang terlibat dalam bidang yang sama. Dengar cerita dia tu, aku tau kawan aku ni very determine dan ada semangat juang yang tinggi. Bukan calang-calang orang nak lepaskan kerja best untuk buat benda yang bukan bidang kepakaran mereka sebelum ni.

Itu cerita tahun lepas, lepas agak-agak setahun aku tak datang jenguk dia, awal minggu ni masa dia ajak gi breakfast tu, kitorang singgah dulu kat ladang cili dia. Ada surprise baru dia nak share dengan aku.

Wow!.. dulu ofis dia hanya cabin saja.. sekarang dah ada bangunan batu setingkat. Belakang ofis dia pulak ada gudang setingkat dalam 20 x 100 meter panjang.

Rupanya sekarang, bisnes dia dah berkembang kepada trading barangan untuk pertanian fertigasi termasuk membekalkan fertilizer (baja). Cili fertigasi masih ada, tapi dah jadi sekadar “show room” saja. Dia dah expand bisnes dia kepada trading dan training.

Customer dia ada yang dari Sabah dan Sarawak. Tiap-tiap bulan kena hantar stok ke sana. Wow!.. memberangsangkan. Turn over pun not bad, monthly sales dia memang bagus.

Kalau biasa aku dapat cerita pasal kejayaan petani moden di surat khabar atau TV, tapi sekarang, kawan sendiri dah buktikan dia mampu dapat hasil yang lumayan daripada sektor pertanian.

Dia dah makin mahir dan tahu selok belok macam mana nak dapatkan harga murah dari supplier dan macam mana nak close deal dengan customer. Business dia cash term, takde main hutang-hutang. Dia malas nak pening kepala kejar orang untuk bayar invois atau nak tunggu post dated cheque clear (silap hari bulan cek tendang!).

Sebab tu dia jual barang dia lebih murah dari pasaran, nak galakkan orang bayar cash. Once dapat duit cash, dia pusing lagi beli stok baru dan boleh jual lagi pada customer. Sekarang dia target nak buat 4 kali sales sebulan dengan pusingan cash flow yang dia ada. Kalau satu sales (yang order besar) boleh dapat RM20K, 4 kali boleh dapat RM80K, kencang tu, kerja sendiri sapa nak bagi, takde loan pulak tu.. wow! marvelous.

Lagi pun, network dia dengan supplier dah strong, boleh dapat barang dengan harga yang sangat murah dari pasaran. Bisnes memang macam ni, once kita dapat trust dari business partner, senang kita nak setkan profit margin kita. Tu pasal bila orang nak compete harga susah sikit.

So, bagi sesape yang masih tak yakin “jual pucuk ubi” boleh kaya, ni bukti orang yang dah buat ianya berjaya. Jangan sempitkan fikiran kita bila sebut pasal bertani, nak kena buat satu jenis kerja saja. Kena pandai tukar masalah kepada peluang dan tahu macam mana nak penetrate market yang terbuka.

Dunia sekarang ni, sapa pandai dia dapat, bukan setakat sapa cepat dia dapat lagi hehe.. betul tak?

Terima Kasih

3 thoughts on “Kisah Petani Moden

  1. md Post author

    @fizal: bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan, takkan dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya. Sekarang ni zaman Internet, semua ilmu dan cerita banyak boleh dijadikan pedoman. Buat analisa betul2, then bolehlah cuba try test hehehe..

    @zerocredit: masuk website dia -> http://www.my-fertigasi.com

Comments are closed.