Berapa Nilai Anda?

      4 Comments on Berapa Nilai Anda?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Pernah tak korang dengar atau terbaca pasal “How much are you worth?”. Kiranya, kalau orang nak “beli” kita, berapa sepatutnya dia bayar untuk dapatkan kita. Apa pulak faktor yang boleh menentukan harga kita?.

Wow, dah macam trading barang lelong lah pulak. Tapi inilah hakikat dunia pekerjaan hari ni. Siapa yang hebat, boleh demand gaji tinggi-tinggi. Sape yang banyak pengetahuan dan pengalaman, akan ditawarkan jawatan dan gaji yang lumayan. Semua orang pun mengidam nak pakai kereta besar, rumah besar, gaji besar, faedah persaraan yang mewah dan macam-macam lagi.

Tapi adakah semua orang boleh mendapatkannya?. Tak semudah itu. Peluang dan jawatan yang ada terhad, calonnya pulak berlambak-lambak. Silap gaya, jadi perebutan dan lobi-melobi, ada yang sanggup bergaduh dan guna taktik kotor semata-mata nak dapatkan jawatan tinggi yang ditawarkan.

Pendek kata, kalau nak tunggu jawatan yang orang tawarkan, kena hebat segala-galanya. Kalau tak berapa hebat, kita boleh bayangkan dapat jawatan dan gaji besar dalam mimpi saja..hehehe..

Penting sangat ke nak tau berapa nilai kita?. Takleh ke hidup macam sekarang je, janji orang tak kacau kita dan kita dapat gaji cukup untuk sara hidup dan keluarga. Happy apa.

Memang la happy bang.. tapi apahal yang kita dok bengang bila ada orang lain dapat bonus atau gaji lebih tinggi tiap-tiap tahun sedangkan kita nampak kerja mereka macam kita jugak..hahahaha.. biasa tengok kan senario cam ni..

Itu pasal kita nak kena kaji sikit apa yang kita ada yang bernilai pada orang lain atau pasaran. Ini bukan cerita jual maruah weh.. ini cerita pasal kelebihan kita yang boleh ditukarkan kepada monetary reward.

Contoh, ada orang hebat bercakap. Kalau bagi topik apa pun, dia boleh cakap sampai berjam-jam tanpa henti. Tapi yang dengar dia cakap, hanyalah kawan-kawan yang makan tengahari sama-sama. Takde bayaran pun dia cakap penat-penat..hehehe..

Berbeza pula orang yang “pandai” bercakap dengan khalayak yang betul. Cakap 1 jam, dia caj orang sampai RM1,000. Cakap 2 jam, dah dapat RM2,000. Kalau sehari dia bercakap, kena bayar RM15,000. Wow.. best betul bercakap orang bayar.

Ada orang yang bernilai dari segi kemahirannya menguruskan perniagaan. Bagi apa saja tugasan yang mencabar, dia pasti boleh selesaikannya dengan cemerlang. Orang macam ni, bukan dia yang cari kerja, kerja yang berebut-rebut cari dia.

Pada aku, nilai pasaran kita jadi tak berapa penting bila kita dah capai kebebasan kewangan. Bebas dari segi belengu hutang jahat (takde untung) dan bebas dari kemelut kais pagi makan pagi (ada pasif income yang stabil).

Kalau kita dipancing kerana nilai pasaran kita hebat, kita akan terikat dengan beban kerja yang banyak dan expectation dari pihak pengurusan. Bottom line, kita akan penat dengan kerja dan kurang masa untuk “enjoy” dengan duit gaji yang banyak.

Of course, kita perlu sacrify masa bersama keluarga untuk kumpul duit secukupnya untuk masa depan. Tapi alangkah bestnya, kalau kita dapat capai itu semua tanpa perlu korbankan masa bersama keluarga dan masyarakat.

Inilah yang dicari-cari oleh ramai orang di dunia. Duit yang banyak, masa yang banyak untuk dihabiskan bersama orang tersayang. Natijahnya, kedua-dua tu tak boleh diperolehi serentak. Hanya segelintir orang saja dapat kedua-duanya serentak.

Kita bukan anak raja, so mimpi di siang hari lah kalau harapkan dapat duit banyak dan boleh lepak goyang kaki saja di rumah. Kita kena kerja berhempas pulas, mengharapkan gaji naik setiap tahun, dan mengharapkan juga ada lebihan gaji yang cukup untuk bawak anak bini jalan-jalan makan angin sekali sekala.

Kalau kita semak semula matlamat untuk kita develop portfolio pasif income, perasan tak, in the end, kalau kita berjaya capai matlamat pasif income yang disasarkan, kita akan dapat duit dan masa serentak!. Best kan. Masa tu, nak kerja pun boleh, nak relaks goyang kaki pun boleh. Anytime boleh plan untuk spend masa bersama keluarga untuk reward ourselves.

So, apa tunggu lagi, dah betul la tu usaha kita nak belajar teknik-teknik untuk generate passive income yang halal. Kalau orang lain berebut2 nak jawatan penting dan besar sebab nak gaji banyak, kita guna teknik lain tanpa perlu berebut2 benda yang tak kekal tu.

Mari..mari..mari… setkan sendiri how much you are worth! 🙂

Terima Kasih

4 thoughts on “Berapa Nilai Anda?

  1. bukh

    setuju….saya tertarik dgn ayat yang last tu ‘passive income yang halal’. Yang ni saya tengok ramai yang main redah je. Contohnya interest bank yang dah jelas haram..tapi masih ramai yg gunakannya…tak nak guna islamic banking…tu yang jadi masalahnya.

  2. k.aida

    hmmmm…. jauh lagi rasanya perjalanan saya…. baru mula bertapak sikit2 sekarang…dilema bg seorg ibu… awal2 nak start ni mmg kena kerja keras sikit, kena jugak korbankan masa tuk famili n anak2 baru leh capai seme ni… tp realitinya masa anak kecik2 nilah masa yg paling perlukan maknye selalu utk mendidik, dah besar2 besok, anak2 sibuk sekolah n sibuk ngan rakan2 dah… huhu….sebab start lamabat.. sapa yg start cepat tuh untung ler…tp Alhamdulillah, jgn x start lansung…

  3. md

    bak kata orang bijak pandai.. perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.. chewahhh… hehe..

    Eda, baik start skrg dari start 10 tahun akan datang.. better late than never.. huhu

  4. kayzen

    kalau org insuran plak, dia cakap, nilai diri kita adalah berapa gaji sebulan kali 12bln dan kali berapa tahun lg kita akan keje.. itu la nilai diri…(sbb akhir sekali dorang nak cakap, itu le jumlah insuran yg kite kene ambik dgn dorang.. hehehhe)

    “Kita bukan anak raja”
    aku anak datuk,
    kalau A = B dan B = C, maka C =A, senario nyer…. ayah aku dulu bukan datuk, tapi sekrg dah jadi datuk, maka aku pun anak datuk jugak.. hahahahhaha.. errr apa2 je lah!

Comments are closed.