Networking is Money

      6 Comments on Networking is Money
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Korang semua ramai kawan kan. Tak kira lah kawan tempat kerja ke, kawan masa sekolah ke, kawan blog ke, kawan dalam forum ke, kawan di rumah ke dan macam-macam jenis kawan lagi (ada orang kawan cyber dia lagi ramai dari kawan di alam nyata haha..)

Pertalian dan hubungan baik kita antara kawan-kawan ni jugak boleh kita andaikan macam “networking”. Ambil contoh kawan A dan kawan B ialah dua orang yang tidak kenal langsung antara satu sama lain, memandangkan kita kenal kawan A, dan kita juga kenal kawan B, makan satu hubungan telah disambung antara A dan B menerusi kita.

Networking ni boleh berkembang, memanjang, dan bertambah kuat mengikut peredaran masa, tempat, suasana, pekerjaan dan sosio-ekonomi kita. Ianya berlaku secara sedar dan tidak sedar. Tapi kalau kita cari pasal dengan kawan-kawan kita, networking ni boleh bertukar menjadi “lemau” huhu..

Kalau kita pandai guna network yang kita ada tu, ianya boleh ditukar kepada “duit”. Camne pulak dapat duit dari kawan?, kawan kita tu jutawan kot..hahaha.

Tak semestinya kawan kita jutawan untuk bagi duit pada kita (kalau ada kawan-kawan aku yang dah berstatus jutawan tu baca ni tak reti2 ke nak bagi emas ke seketul dua, helikopter ke, BMW GS1200 ke.. huhu.. aku ikhlas nak terima). Kadangkala disebabkan kita “berkawan” dengan mereka ni, peluang-peluang baru akan tiba dan inilah yang kita boleh tukarkan jadi “duit”.

Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan yang memerlukan marketing dibuat terus kepada pontential customer, networking yang baik dapat memberi kelebihan kepada mereka.

Adakalanya, tak perlu buat marketing pun ada orang yang “terjumpa” dengan kita menerusi kawan yang ada dalam network kita. Best kan!. Kalau nak super-duper best, develop your own website or blog (iklan: sapa nak pakej hosting dan domain boleh contact aku haha.. iklan beb). Ceritakan dengan jelas apa yang korang buat dan kalau boleh biarlah ada “niche” atau unik. Di Internet kita hanya ada 5 saat atau kurang untuk pastikan orang “stay” di website kita atau mereka decided to skip!.

Dalam bidang investment, memang penting untuk kita develop good networking. Tak ramai orang boleh bergerak sendirian untuk berjaya. Kapasiti dan kemampuan kita agak terhad. Baik dari segi masa, tenaga, modal atau perlaksanaan. So, option yang terbaik ialah bekerjasama (JV) dengan rakan-rakan yang kita “trust” (circle of friends). Kerjasama atau JV ni kadang-kadang hasil dia lebih lumayan dari kita dok buat sorang-sorang.

Pepatah ada menyebut – “Berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu” chewahhh..hahaha… tapi ada orang suka berkasih beribu-ribu jugak hahaha..lantak korang lah.

Namun, jangan tersalah guna networking yang ada, silap haribulan ianya boleh hapus sekelip mata saja. Abusive!. Kita tentu tak suka orang call atau datang kepada kita introduce benda-benda yang kita tak berminat dengan alasan “I dapat nombor U dari si A”. Macam penah kena je kan..hahaha.

Lebih best kalau “approach” secara tak langsung digunakan. Contoh masa kita buat majlis di rumah (bukan parti tupperware laaa..), terjumpa di kedai makan, terserempak di masjid, pasar malam dan macam-macam tempat lagi. Kat situ, kita boleh perkenalkan mereka tanpa rasa “bersalah”. What ever happens after that, mungkin lebih smooth berbanding kita just forward nombor kawan dalam contact list kita kepada “kawan yang sedang cari kawan”.

Dah banyak bukti yang kita boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri. Bila kita share ilmu atau cerita tentang apa yang kita buat dengan kawan-kawan, makin banyak peluang dan kawan baru kita dapat. Sebab tu jangan lokek ilmu, sharing is caring bak kata Pokli hehe..

Teruskan dan maintain cara macam ni, sebab satu hari nanti ianya boleh mendatangkan faedah dan moneytary reward kepada kita dan kawan-kawan kita yang lain, insyaAllah.

“Apa yang penting?.. kerjasama.. Apa yang penting?.. kerjasama..” – Wonderpets.

Terima Kasih

6 thoughts on “Networking is Money

  1. juruukur

    uncle dodi. bab netwoking nii.. aku setuju sangat cadangan uncle tuu.. dulu klien aku tak ramai.. kawan pun tak ramai.. tak ramai klien aku bole jumpa setiap hari.. paling max pun 7 orang.. tapi bila dah ada blog.. berkawan lak ngan uncle, pastu pie n the gang.. sebaliknya dah berlaku

    tima kasih semua..

  2. kayzen

    ya saya setuju dengan pendapat anda. kita perlukan networking utk bergerak kehadapan, perkara besar dpt sama2 kita ringankan dan boleh berjalan dengan lancar. But dont abuse your networking, becaoz in the long run it could jeopardize the trust given.

    Apa yang penting.. kerjaaaaaaaaasamaaaaaaaaaaaa

  3. pokli77

    betul-betul-betul……tahniah….uncle dodi dah cuba terangkan pentingnya Networking yang kita buat ni….agar tidak “lemau”…nanti kita TT sekali untuk belajar dengan otai2 yang terer2 nih….:D

    saya dah add uncle dodi dalam blog saya

    1. md Post author

      networking ni penting dari dulu lagi.. orang melayu kita terkenal dengan gotong-royong. Sekarang cuba kita gotong-royong dalam ekonomi pulak, insyaAllah ada hasilnya.

Comments are closed.