Pembantu Rumah

      15 Comments on Pembantu Rumah
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sekarang ni heboh isu pembantu rumah Indonesia didera majikan. Akibatnya, kerajaan Indonesia dah bekukan permohonan dan kelulusan warganagera Indonesia yang nak kerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Ada yang suka guna maid sebab tak perlu kelam kabut waktu pagi untuk siapkan anak dan kelengkapan sebelum mereka ke tempat kerja. Tambahan pulak, maid boleh kemas rumah, basuh baju, masak, dan lain-lain tugas di rumah. Boleh lah tuan rumah releks sikit. Kalau nak calculate dari segi kos, kalau anak dah lebih dari 3 orang, rasanya lebih jimat ada maid.

Katakan suami dan isteri dua-dua bekerja (banyak duit diperlukan setiap bulan untuk bayar loan rumah, loan kereta, belanja dapur, duit sekolah anak-anak, pemberian kepada ibu-bapa, jalan-jalan, bayar bil utiliti dan macam-macam kos lagi). Kalau tak bekerja siang-malam, macam mana nak “cover” semua tu betul tak?. Nak tak nak, urusan di rumah diserahkan kepada maid.

Tu pasal orang yang dah biasa ada maid, bila takde maid boleh pening kepala dibuatnya.

Cadangan dari Dayang Lily (komentar di TheStar, klik untuk berita penuh) juga menarik. Kita kini dalam era teknologi maklumat yang serba canggih. Komputer dan Internet access (menerusi streamyx, WiMax, 3G, GPRS, dial-up, etc) membolehkan kerja boleh dibuat dari mana sahaja. Kalau ada kakitangan yang perlu berada di pejabat pun, ialah mereka yang terlibat secara terus dengan pelanggan sahaja. Yang lain-lain tu, boleh diberi option untuk bekerja dari rumah jika memenuhi kriteria yang ditetapkan majikan dan kerajaan.

Contoh, jika pasangan bekerja mempunyai anak bersekolah dan memohon untuk menjaga sendiri anak mereka sambil bekerja, mereka boleh diberikan peluang untuk bekerja secara “tele-working” dan dipantau prestasi kerja mereka untuk satu tempoh percubaan. Jika ada mesyuarat atau perjumpaan, ianya boleh dibuat di waktu anak-anak telahpun berada di sekolah atau pun sebelah malam (jika perlu) bila pasangan mereka telah pulang ke rumah untuk menjaga anak-anak ketika isteri atau suami perlu bermesyuarat.

Tapi dengan aplikasi seperti Skype, Yahoo Messenger, MSN Messenger dan macam-macam aplikasi PC conferencing percuma yang ada sekarang ni, mesyuarat boleh dibuat sambil ibu mendodoikan anak atau pun sedang memasak!.

Aturan kerja yang fleksibel dan menetapkan deadline sepatutnya boleh cuba dilaksanakan di Malaysia. Dengan menyediakan kaedah kelayakan pemohon, merit atas prestasi kerja dan sebagainya, tidak timbul soal ada yang akan “ambil peluang” bila kebenaran diberikan untuk bekerja dari rumah. Kalau betul mereka “curi tulang” atau “ambil peluang”, perkara ni boleh dilihat dari hasil kerja mereka. Kalau kerja tak siap atau dengan standard yang rendah, tarik balik kelonggaran cara bekerja mereka.

Apa gunanya ada prasarana Internet dan teknologi yang canggih sekadar digunakan untuk chatting, downloading musics/video clips, dan aktiviti santai sahaja. Inilah masanya untuk kita gunakan sebaik mungkin kemudahan tersebut untuk produktiviti pekerja. Bekerja di mana sahaja tanpa mengganggu urusan keluarga dan syarikat. Kalau ini benar-benar boleh dilaksanakan, saya yakin semua ISP di Malaysia akan senyum lebar sebab ramai yang akan subscribe service mereka.

Jika tidak, pilihan lain yang kita ada ialah bekerja sendiri (atau berhenti kerja). Ini lah antara kegunaan passive income yang kita nak develop. Bila passive income kita kuat, tak de masalah untuk salah seorang dari kita (suami atau isteri) sacrifice berhenti kerja untuk jaga anak-anak sambil uruskan hal di rumah waktu siang. Bila keadaan dah kembali OK, mungkin boleh continue kerja balik atau boleh buat part time dari rumah saja.

Tapi rasa-rasanya, kalau passive income dah boleh cover duit belanja tiap-tiap bulan tanpa ganggu komitmen lain (contoh bayar loan), nak kerja balik ke?.. hehehe..

Terima Kasih

15 thoughts on “Pembantu Rumah

  1. juruukur

    uncle dodi.. kalo pasif income dah ok.. buat apa nak kerja lagi.. kita relax laa.. kita enjoy.. horeyy horeyy.. jalan sini, jalan sana, kita gi melancong lg best

  2. md

    Fizal, duit bekerja untuk tuan dia heheh..tuan dia boleh pegi mana dia suka tapi duit tetap masuk tiap2 bulan. best gitu..

  3. kayzen

    kawe pon baru pakai maid dlm sebulan lebih ni.. masih dalam pemantauan. setakat ni alhamdulillah.. harap2 prestasi dikekalkan.

  4. eezone

    Ohss, betapa nikmatnya kalau dah mencapai financial freedom. Keje lagi? oh sori la beb. Jangan harap la. Kalau nak keje pun sebab dah buring dok melancong sana sini. Pastu keje yang dibuat pun ikut minat kita. Takyah nak ikut telunjuk orang yang kita tak suka. Just keje dengan orang2 yang kita suka je. best best.

    1. md Post author

      Eezone, kalau dah financial freedom tak buat keje pun ada hasil hehe. cabaran sekarang bukan saja nak tingkatkan passive income, but how to manage it supaya tak melencong ke lain hehe..

  5. pokli77

    aduss pak….bibik kawe nak kelik dah tahun nih….nak kena cari bibik baru lonih dah kena byr RM5000….byr gaji pon lonih RM600…..kena tambah income lagi la….ko guana uncle dodi???

    1. md Post author

      pokli.. lo ni bukan embassy indonesia freeze bibik?. keno tunggu dio bukok balik la gitu.tambah passive income tu mesti doh, tapi kalu ado bibik dumoh lagi senae nok focus bendo laing. bibik kawe tahun depan masuk 9 tahun. tok tau la dio nak stay lagi or not.

  6. dodi

    @pokli77
    bibik ni pun manusia biasa. Kadang tu nasib jugak, dapat bibik yang suka kerja di rumah. Cuma kita kena belajar appreciate kelebihan dia dan accept/tolerate dengan kelemahan dia yang tidak memudaratkan. bila dia buat silap, check betul2 berbaloi ke nak marah dia? atau benda tu takde effect sangat pun kalau nak dibanding dengan kebaikan dia yang lain. Saya tak cakap banyak kalau dia tak buat big mistake, kalau ada big mistake, saya akan “sound” jugak nak bagi dia alert jangan ambik peluang, sebab saya monitor kerja dia.

    Kalau nak tegur, cari masa yang sesuai, contoh masa anak2 dok main kat luar dan orang lain takde masa kita nak tegur dia. Sebab takut dia malu kena tegur dengan kita depan anak2. Saya selalu buat masa saya tengah makan di meja sorang2 dan dia tengah kemas2 kat dapur atau tengah basuh pinggan. So boleh communicate 1-to-1.

    Cara macam tu lebih berkesan dan dia boleh cerita apsal dia buat masalah/ada hal. Lepas tu, pandai2 la kita “sound” cara bijak untuk buat dia terkedu supaya tak ulang the same mistake. So far cara camtu, OK lah untuk bibik saya. Dan wife saya, saya tak benarkan sound bibik. I’ll do it. dia sensitif kena tegur dengan pompuan. Naluri kot..hahaha

  7. pokli77

    hahahaha…..satu pengalaman yg baik utk di buat..pokli pun buat mcm tu jgk….cuma wife pokli ni dia garang skit dgn main…tak bagi muka…..walaupun “mecok” tapi ambil hati bibik dgn bg hadiah…:D

  8. Lukeman Yusoff

    Bibik ambo balik raya xmari2 dah. Nak kena cari bibik baru jugak dah ni. Bagi balik raya sbb permit abis bulan 11 ni, saja bg chance bercuti. Survey current Klang Valley market, bayar RM7000 & monthly RM500 (4 bulan gaji xpayah bayar & warranty 3 bulan)….

  9. MattDemon

    saya rasa daripada guna full time maid, baik guna daily maid. Ada yg datang berepa jam sehari, 2 kali seminggu. Ada yg datang, sekali datang satu team, RM120 1 sesi. Kalau 4 sesi, baru RM480 sebulan. Lebih jimat dan tak headache.

  10. pnut

    @MattDemon
    mattdemon mana nak dapat daily maid tu? saya pun prefer macam tu lah sbb dah berpuluh maid semua tak sesuai. susah nak dapat yg jujur yg ikhlas kerja. bukan kena masak pun, masak semua saya buat malah masuk tidur pukul 8pm dah masuk tidur tgk tv sendiri dalam bilik sbb saya dah providekan tapi still tak mengenang budi dan menghargai.

  11. MattDemon

    saya kat obersee lanie…tapi kawan saya kat Mesia guna daily maid sbb dia pun keje pindah-randah…bro google je..daily maid malaysia service..pastu tgk testimoni pelanggan…compare la rate paling bestt…kalu nak tunggu saya contact member tue mesti lambat reply…good luck..

    p/s: good business gak nie kat mesia kan…hehe

Comments are closed.