Skim Pencen Gemilang

      14 Comments on Skim Pencen Gemilang
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Haha.. mari diskas pasal pencen lagi.. ye lah, orang lain dah ramai cerita camne nak masuk rumah auction. Camne nak ukur dan jual beli tanah, camne nak jual-beli emas dan macam-macam investment lagi. Kat sini aku nak cerita pasal persiapan untuk pencen.. ok ke?.. huhu.

Pencen ni tak semestinya untuk orang tua-tua je (opss.. orang veteran). Orang muda belia pun kena ada perancangan pencen sebab semua orang akan berhenti kerja samada secara wajib (dah sampai umur bersara) atau pun dah ambik VSS (voluntary separation scheme) atau pun memang nak berhenti sebab dah taknak bekerja.

Kalau nak pencen, kita patut ada “steady” passive income. Kalau nak harap duit KWSP, ada laporan kat mana tah, 3 tahun je duit KWSP boleh bertahan. Tambah pulak, serba serbi sekarang dah mahal. Buatnya umur korang panjang, lepas 3 tahun tu nak cari mana duit beli beras?. Itu yang kita nampak orang “veteran” tahap atuk dan nenek dok menjual lagi di gerai-gerai tepi jalan untuk tampung perbelanjaan hidup mereka. Kesian kan.

Tak dinafikan, ada jugak golongan “veteran” yang bukak gerai jualan sekadar untuk¬† isi masa lapang, macam makcik dan pakcik jual nasik lemak dekat perumahan saya. Makcik tu just nak bergaul dengan masyarakat, bila ada gerai nasik lemak, aktiviti tu boleh dibuat secara tak langsung. Kadang-kadang saya seronok jugak layan berborak masa beli nasik lemak dengan mereka.

Banyak woo pengalaman hidup yang mereka share. Free je dapat nasihat dan pengalaman first-hand dari diaorang ni. Mana nak dapat.. nasihat hidup camtu pun kena kira “passive income” jugak, sebab kita takyah bayar macam seminar motivasi yang mahal-mahal tu..

Kalau kita merancang skim pencen kita sendiri, tak perlu lah tunggu umur 65 tahun baru nak pencen. Silap haribulan, lagi awal dari tu dah boleh duduk rumah goyang kaki. Kaum-kaum ibu sure suka kan, boleh lepak kat rumah main dengan anak-anak, tapi duit bulan2 masuk dalam akaun.

Bayangkan, umur tak masuk 40 tahun lagi dah boleh lepak kat rumah. Bukan sebab malas nak bekerja, tapi sebab kita ada pelan pencen yang mantap, so kita ada option untuk berhenti awal untuk tumpukan pada benda lain yang lebih best. Ada orang suka berkebun, ada yang suka ternak ayam itik, dan tak kurang yang nak lepak-lepak jaga anak (cucu) je kat rumah.

Kalau kita tengok orang yang berjaya, masa dia kerja sikit, tapi pulangan dia dapat berlipat ganda. Itu yang kita nak belajar. Macam mana nak develop strategi investment yang boleh bagi pulangan yang baik dengan kerja yang minima. Ini bukan skim cepat kaya!, ini skim pencen gemilang (SPG).

Sebab apa kita kena ada skim pencen gemilang sebelum kita bersara?. Kita sure taknak hidup merempat menyusahkan orang lain masa tua atau masa pencen nanti kan. Kena pulak masa tu kesihatan kita tak menentu, mahal tau bil perubatan kalau dah tak bekerja. Sapa yang nak tanggung semua tu?.

Kalau harap duit KWSP, berapa lama pun dapat bertahan. Lepas dah habis, mana kita nak korek lagi?.  Aku bukan saja nak reka-reka cerita. Tapi ni hakikat yang kita akan jumpa satu hari nanti. So, masa kita masih sihat walafiat dan diberikan rezeki dan kudrat untuk berusaha, better manfaatkan sebelum terlambat.

Cuba senaraikan apa yang kita dok buat sekarang. Ada tak yang berpotensi jadi passive income?. Kalau korang tengok list tu kosong, hoh!.. kena buat something lah mula dari sekarang. Paling tidak pun, kita mulakan dengan list pertama iaitu “saving”. List ni jatuh tempat pertama sebab ianya adalah disiplin no.1 sebelum nak create apa-apa passive income.

Saving ni tak semestinya jumlah dia besar. Yang kita nak budayakan ialah, tabiat menyimpan dan berhemah dalam perbelanjaan. Kalau masa kita masih bekerja, duit gaji akan bantu “cover” perbelanjaan harian dan committment kita yang lain-lain.

Tapi bila kita pencen nanti, duit saving dan passive income lah yang akan digunakan. So, kalau tak mula disiplinkan amalan menyimpan dan hemah berbelanja dari sekarang, skim pencen ciptaan kita susah nak berjaya. Kita boleh mulakan dengan peratusan (%) saving yang minima, dan boleh ditingkatkan mengikut jumlah pendapatan bersih yang kita dapat setiap bulan.

Camne nak tambah pendapatan bersih? Ini lah tujuannya kita wujudkan network di kalangan kita. Ramai yang dah tunjukkan jalan untuk kembangkan portfolio pelaburan dan teknik-teknik “power” untuk tingkatkan pendapatan kita samada secara pasif mahupun aktif!.

Tinggal lagi, kita kena buat analisa terhadap objektif dan matlamat pencen kita nanti. Kalau kita just nak ada duit pencen sekadar nak beli beras dan ikan, so keperluan skim pencen gemilang kita sekadar itu juga lah. Tapi kalau kita nak SPG yang lebih lumayan, maka kreativiti dan effort kita juga mesti lebih dan harus dimulakan dari sekarang. Bak kata orang, merancang untuk berjaya juga adalah langkah permulaan untuk berjaya.

So mari kita share, apa yang korang dah rancang untuk skim pencen masing2. KWSP tu one of them. ASB, tabung haji dan lain-lain simpanan tu dah kira syarat wajib sebab kita memang kena buat saving. Cuba list yang lain lagi. Dari situ kita boleh susun dan diskas jadikan item-item yang boleh kita praktik sama2.

Let’s do it togeder geder..hehe

Terima Kasih

14 thoughts on “Skim Pencen Gemilang

  1. juruukur

    uncle.. jom kita cipta.. mesin mencetak duit.. kalo tak dee duit.. kita main print jee.. macam amerika buat..

    dah tu jadi along.. kasi pinjam duit.. ha ha ha..

  2. md

    Fizal.. mesin cetak duit tu best jugak. Tapi lagi best kalau duit tu cetak sendiri takyah guna mesin.. amcam?.. hahaha.. kami bukan along, kami cuma nak tolong wow!

  3. jaws

    wowwww abang doooooooodi…………..kalau ada mesin chop duit…..ana mau amik tender jual dia punya ink………….kahkahkahhhh

  4. md Post author

    wahaha.. bang Jos.. itu mesin cop duit ink dia manyak mahal. Awak kalu saplai boleh kaya woo..haha

  5. juruukur

    kita bole cetak duit ngan makan sewa rumah, dividen asb, buat internet bisnes, buat bisnes (income dari director fees, sewa tanah

    idea mudah.. tanam limau kasturi. tanam daun kari, tanam pokok pisang, sewa playstation, sewa kereta, sewa buku,jual ebook, buat website, buat sistem jualan melalui internet dan senagkatan dengan nya.. tambah lagi uncle dodi

  6. md

    haa.. tengok tu, juruukur dah list sedozen portfolio skim pencen gemilang..
    tambah lagi kengkawan, apa benda yang korang buat dan plan nak buat untuk tambah passive income korang..

    kita compile satu list panjang, nanti kita kupas satu-satu steps2 nak jalankan idea tu. Kalau yang dah terkupas tinggal makan je, baca bismillah terus ngap saja..haha. yang tak berapa nak masak lagi tu, kita boleh bincang dan share sama2.. faedah semua orang dapat..

    Fizal, bisnes sewa ni memang luas skop dia. Tak semestinya sewa rumah saja. Kalau mak andam, dia bagi sewa baju songket pengantin lah, sewa pelamin lah.. dan dia ada contact sekali dengan jurufoto, sewa khemah, catering, dan lain-lain. Semua tu sewa yang boleh digunakan berulang2 kali untuk generate profit berterusan.

  7. md

    abe.. tanah ko luas lagi tak?. kolam ikan dah ada, boleh cuba tu cili ke, limau kasturi ke.. check blog fizal/juruukur untuk tips

  8. abe

    kolam ikan tu fail lah….hahaha…sebab tak hujan air kolam tu tinggal sejengkal je….

    ikan2 semua sudah settle kena buat bbq/masak tauchoo….heheheh

    ingat mau try la tanam cili…saje suka2….kot2 leh jual kat pasar malam paya jaras tuh….

  9. pokli77

    bestnya kalau umur 35 saya dah boleh pencen….buat apa2 kita suka jer….sebenarnya nak pencen semua bergantung pada objektif hidup masing2…kalau anda dah rasa RM400K dah boleh pencen…why not…simpan je dalam ASB 400k…tiap2 bulan dapat dividen 7% bersamaan 28K…setiap bulan dapat RM2K tu…bestnya kan? tapi disebabkan kita ni masih muda(termasuk uncle dodi)…….marilah sama2 kita tambah mesin buat duit banyak2….moga2 lepas ni kita pencen pon buat duit….:D

    tambahkan portfolio + pasif income kita…

    1. md Post author

      sekarang ni banyak peluang dan contoh yang orang lain dok buat untuk tambah passive income. Tinggal kita nak buat ke taknak je sekarang.. takleh malas.

Comments are closed.