All Investments are Risky

      8 Comments on All Investments are Risky
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

“All investments are risky. Investors are advised to do own research before do their investments.” – TV3, Stockwatch program.

Baru selesai tengok rancangan Stockwatch di TV3. Last sekali selepas tamat siaran, statement kat atas tu dipaparkan. Well, memang betul pun. Kalau nak diikutkan, apa-apa bentuk investment pun ada risiko tersendiri. Ramai orang nak dapat untungnye saja, tapi tak nak kaji risiko yang bakal dihadapi. Apa salahnya spend sedikit masa (sebenar bagus spend banyak masa) untuk buat penyelidikan tentang sesuatu investment yang kita nak buat, termasuklah yang ada cita-cita nak berniaga ke, nak bukak butik ke, nak jual barang ke, apa-apa aje lah.

Ambil contoh investment dalam bidang hartanah. Setiap hartanah yang kita beli perlu dibayar loannya. Kalau kita tak buat research yang tepat sebelum membeli hartanah tersebut, silap haribulan, tak pasal-pasal loan tak boleh bayar, lepas tu nama terus kena black list dalam CCRIS.

Sebab tu penting untuk kita belajar. Ilmu ni bukan tujuan dia untuk dapat sijil dan kerja saja. Meluas kegunaan dia. Dengan ilmu jugak kita tahu menilai risiko dan peluang. Adakalanya, dengan ilmu yang sedikit pun banyak faedah yang boleh dikecapi. Tetapi, ilmu yang sedikit tu kena betul-betul “power” atau pun hebat.

Contoh, tukang jahit biasa dengan tukang jahit jutawan. Apa bezanya? yang satu menjahit tanpa meninggkatkan mutu, kualiti dan tak mengkaji kaedah-kaedah baru. Yang keduanya, menjahit mengikut trend, tahu apa yang customer mahu, pandai mengaplikasikan teknik dan kemahiran mengikut kehendak pasaran.

Kalau tengok bab pelaburan pulak, ilmu yang sedikit tentang teknik menganalisa risiko dan peluang kalau pandai diaplikasikan, boleh memberi pulangan yang lumayan. Contoh, kaji risiko dan peluang bila membuat pinjaman. Bank manakah yang memberikan pakej yang paling menarik? Bagaimanakah tempoh bayaran balik dan faedah yang dikenakan? Berapa tahun lock-in period? Bagaimana perancangan kita untuk “service” loan tersebut? Berbaloikah untuk membuat pinjaman tersebut?.

Itu contoh saja, lain orang, lain cara analisa risiko dan peluang mereka. Hatta nak melabur (ke melebur? hehe) beli roti canai kat kedai pun, kita boleh test analisa risiko dan peluang. Risiko roti canai tu tak sedap, risiko harga tak sepadan dengan saiz, risiko kuah dia basi, risiko bila sejuk roti keras – masuk tong sampah, dan macam-macam lagi. Peluang pulak, roti tu sedap – rasa happy, jimat kos daripada beli nasi beriani (kenyang jugak, duit lebih boleh simpan), ubah citarasa sekali sekala.

Hehe… so, pelajaran yang boleh diambil daripada “All Investment are risky” adalah – tepuk dada, tanya ilmu, barulah melabur 🙂

Terima Kasih

8 thoughts on “All Investments are Risky

  1. faris

    betullah uncle.. pelaburan gurney hari tu pun risky juga.. heheh..
    cons.. beli tak usha betul2.. untuk tgk keadaan rumah sama ada penyewa atau owner yang duduk, atau rumah tinggal yang memerlukan kos repair yang tinggi.
    pro.. kawasan selamat.. tak ramai orang tau.. boleh dapat harga rendah.. kurang persaingan. kawasan juga sebenarnya hot bagi mereka yang tau.. jadi masalah nak dapat penyewa boleh dikatakan tiada..
    cuma sekarang ni nak makan sewa kena tunggu bulan 9 nanti.. heheheh..

  2. md

    faris… itu GH main tawakkal saja sebab dah tau situ hot area hehe…
    bulan 9 eh baru leh makan sewa.. huhu.. awk kasi tanya itu mentenen opis..camne mau selesai?.. apa2 roger sama saya okies.

  3. md

    Wida.. owner lama nak duit sewa sampai loan saya approve (which is his/her right).. itu yg faris cakap, kadang2 better takde penyewa/owner sedang duduk masa kita nak beli/bid. once menang, boleh kita aturkan ikut planning kita.

  4. tuanbri

    Laporan terkini…

    Owner lama nak minta duit sikit untuk barang2x dia yg ada dalma rumah tu.
    MD dah bg instruction pada Satu Solution untuk settlekan masalah ini.
    dan sampai sekarang saya masih belum menerima maklum balas drpd X owner.
    Saya dah suruh penyewa bayar maintenance fee drpd duit sewa bulan Jun, Julai dan Ogos. Balance baru bagi kat X owner. Mejar Zakhir. Dia claim dia dah labur 111k dalam unit hartanah tersebut….

    Sekian….

  5. md Post author

    bri.. tq for the update. LO dah dapat dari bank. Junny pun dah dapat POS. hopefully semuanya dapat disetel dengan baik.

  6. pokli77

    kalau kita nak main hartanah…contohnya ada 5 biji rumah kos sederhana yg seunit bernilai rm80Kx5=RM400K…..baik kalau kita ada back up liquid (cash/emas/asb/od) dalam rm200K…baru bestttt 😀 jadi apa2 sure kita tak akan risau…

Comments are closed.