Architect

      2 Comments on Architect
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Baru balik dari meeting dengan arkitek yang akan design plan rumah mak mertua saya di Datuk Keramat. Sebenarnya dah tiga orang arkitek yang saya jumpa sejak beberapa bulan lepas. Ye lah, projek juta-juta ratus ribu, kena lah survey dan bandingkan servis dengan harga.

Rasanya, saya dah boleh finalise dah. Memandangkan arkitek yang sama akan handle sedikit renovation work di rumah saya di Cheras Jaya, saya suruh dia handle jugak projek di Datuk Keramat, senang sekali arung.

Dari cara runding cara dan nasihat yang diberikan, saya rasa confident dan jelas dengan apa yang perlu dibuat. Ingatkan senang je nak buat projek rumah atas tanah sendiri kat tengah bandar ni, rupanya costly jugak. Tapi nak tak nak, perlu ikut peraturan dan prosidur yang telah ditetapkan. Bukan apa, nak murah punya pasal, silap haribulan kena denda lagi tinggi dari kos yang patut dikeluarkan untuk hire professional architect.

Projek di Datuk Keramat ni simple saja. Rumah 2 tingkat dengan beberapa bilik. Nantilah kalau projek dah jalan saya update lagi progress dia. Setakat hari ni, kena siapkan plan yang diluluskan oleh DBKL dulu. Then kena pegi usung plan tu apply loan kat bank. Once dah tau berapa bank boleh bagi kelulusan pinjaman berdasarkan kelayakan dan value projek, barulah boleh start projek.

Harap-harap semuanya berjalan lancar. Kesian kat abah dan mak mertua saya yang duduk tak berapa selesa sekarang.

Terima Kasih

2 thoughts on “Architect

  1. Wida

    Hehe..uncle..boleh tambah 2 lg tingkat kat atas buat bilik sewa..sambil duduk..sambil dpt income..wow

Comments are closed.