Gold Saving during Economy Depression

      Comments Off on Gold Saving during Economy Depression
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Ramai yang tahu kita sekarang sedang berada dalam kegawatan ekonomi dunia. Setiap negara tidak dapat tidak terpaksa merangka perubahan dasar ekonomi dan pentadbiran negara agar tidak jatuh muflis (macam Iceland tak silap saya).

Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sedang bergelut untuk keluar dari masalah kejatuhan sistem ekonomi mereka berikutan kemelut pinjaman sub prima dan kejatuhan gergasi kewangan antarabangsa mereka.

Tidak terkecuali bagi kita di Malaysia, lambat laun, masalah kegawatan ekonomi ini akan mengancam kedudukan kita pada hari ini. Kalau dulu kita mungkin tidak perlu risau dengan kenaikan harga barangan kerana pekerjaan kita yang terjamin dapat menampung kesemua itu. Namun sekarang, tidak semua orang boleh menjangkakan kesan yang akan dihadapi jika tidak membuat persiapan sebaik mungkin.

Depresi ekonomi adalah lebih teruk akibatnya daripada resesi (recession). Ianya berlaku secara kitaran dalam satu jangkamasa tertentu. Apabila ianya terjadi, kegawatan luarbiasa akan menyebabkan masalah yang tidak dapat dibendung secara mudah.

Akan meningkat kadar pengangguran, kemerosotan pendapatan dari perniagaan, gedung-gedung beli belah akan ditutup, bekalan asas dicatu kerana pengeluaran yang berkurangan, mogok dan masalah jenayah meningkat. Semua ini menyumbang kepada senario depresi ekonomi.

Antara langkah yang boleh kita ambil ialah menyimpan dengan lebih cermat. Di samping itu, jika ada modal yang lebih, membuat simpanan dalam bentuk emas juga adalah baik kerana emas lebih teguh berbanding simpanan wang.

Cuba kita sama-sama renung wawancara berikut di Youtube. Apakah yang boleh diambil pengajaran sebagai persediaan kita menghadapi depresi ekonomi? Adakah cara hidup kita hari ini dapat menyelamatkan kita dari masalah kewangan yang akan datang bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Renung-renungkan dan selamat merancang tindakan anda dengan penuh hemah dan bijaksana

Terima Kasih