Online Business

      Comments Off on Online Business
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Mungkin ramai yang sudah berjaya dan kaya-raya dengan perniagaan di Internet (Online Business). Bila baca cerita dari “jutawan” cyber ni, memang rasa teruja dan bersemangat untuk turut serta (join the bandwagon).

Kadang-kadang saya tertanya-tanya pada diri sendiri, dah bergelumang dalam bidang IT boleh tahan jugak lamanya. Sejak dari zaman Internet baru nak berkembang di Malaysia dulu lagi. Namun sampai ke hari ini, masih belum ada “hasil” yang benar-benar datang secara “direct” dari Internet.

Yang canggihnya, orang yang bukan berlatar belakangkan pengetahuan dan bekerja dalam dunia IT pula yang lebih cemerlang, terbilang dan jutawan 😀 itu lah rezeki Allah ta’ala namanya kan.

Terfikir juga bila jenguk-jenguk laman web jutawan-jutawan Internet ni, nampak macam tak ada apa yang istimewa pun, namun pendapatan mereka (mengikut apa yang diberitahu lah, taktau betul ke tipu) boleh tahan mengancam.

Saya fikir, kalau ada usaha, apa pun boleh bertukar jadi punca rezeki. Termasuklah mereka yang mengumpul wang yang banyak hasil dari perniagaan-perniagaan “mudah” di Internet. Contohnya – menjual ebook, menjual webhosting, mereka  laman web, menjual buku, menjual pakaiain, menjual aksesori, menjual program, pengiklanan (Adsense, Clickbank,dll), MLM dan berbagai-bagai lagi cabang perniagaan mudah yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Apa yang anda semua patut tahu, kalau kena gayanya (produk, harga, dan tempat dipasarkan) berjuta-juta “ready customer” yang berada di Internet siap sedia membeli barangan/perkhidmatan anda!.

Jom “buat sesuatu” 😀

Terima Kasih