Ramalan Pak Nujum

      Comments Off on Ramalan Pak Nujum
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Maka benarlah ramalan yang dibuat ramai orang, minyak akan naik harga. Petang semalam, saya dapat berita dari seorang rakan lebih kurang pukul 5.30pm yang minyak akan naik harga ke RM2.70 (naik 78 sen). Kebetulan ada di rumah masa tu, terus capai kunci kereta untuk menuju ke stesen minyak dekat rumah saya.

Hehe.. macamlah kalau isi minyak masa tu dapat bertahan selama setahun!, tapi alang-alang dah ada di rumah, apa salahnya. Masa saya sampai, keadaan stesen minyak masih lengang. Agaknya ramai yang masih tidak tahu berita tersebut. Saya pam penuh tangki minyak yang tinggal separuh. Dapatlah 20 liter pada kadar harga lama RM1.92/liter.

Selesai mengisi minyak, dalam perjalanan pulang, kenderaan mula berpusu-pusu untuk ke stesen minyak. Nampaknya berita dah tersebar. Balik rumah, saya buka TV3, berita terkini melaporkan berita yang sama. Berita jam 8 malam, tajuk utama semua stesen memfokus kepada berita yang sama. Jalanraya jadi sesak kerana orang ramai berasak-asak untuk ke stesen minyak.

Inilah hakikat keadaan kita di Malaysia. Sedikit sahaja kenaikan harga minyak, semua orang akan panik dan bimbang. Bukan saja bimbang tak dapat isi minyak penuh dengan harga lama, namun kerisauan harga barangan dan perkhidmatan lain yang akan turut naik secara langsung. Kesan yang boleh dinamakan “chain reaction”.

Justeru, Pak Nujum punya ramalan sudah tepat. Malah lebih cepat dari yang dijangka. Apa yang boleh kita buat? Ubah cara Hidup? ho! ho! ho!.. bukan senang kawan. Tapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Lebih menarik dan canggih untuk dicapai ialah bagaimana untuk kekalkan cara hidup yang kita suka (bukan membazir) di samping memperolehi kebebasan kewangan yang mutlak, agar kita tidak lagi dapat diperkotak-katikkan oleh kapitalis ekonomi dan perubahan sosio-ekonomi yang di luar kawalan.

Marilah berfikir dan berubah secara mutlak!

Terima Kasih