Bersedia dengan kenaikan harga barangan

      1 Comment on Bersedia dengan kenaikan harga barangan
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Harga minyak dunia semakin melambung, harga beras dan makanan asas pun melambung, tarif elektrik baru akan dikaji dan semestinya tidak akan turun, apa lagi yang boleh naik akan naik.

Semalam saya ke Tesco Kajang. Seperti biasa, setiap minggu saya akan membuat pembelian barangan keperluan rumah di sana. Terkejut besar bila melihat harga beras super special tempatan yang naik secara mendadak. Biasanya harga untuk 10kg beras berkenaan sekitar RM18.00 ke RM20.00 (bergantung kepada jenama). Tetapi semalam, saya lihat harga jualan diletakkan RM33.00 hingga RM34.00 untuk10kg!

Dilihat pula senario global – harga petroleum. Indonesia telahpun menaikkan harga petroleum. Saya fikir tidak lama lagi, kerajaan Malaysia pun akan membuat keputusan yang sama. Hakikatnya, apabila petroleum dinaikkan harga, tarif elektrik juga akan turut naik kerana janakuasa TNB ada yang menggunakan sumber Gas asli dan petroleum.

Kesan secara langsung kepada rakyat ialah tanggungan beban kenaikan harga barang dan inflasi. Ini tidak dapat dibendung dengan berpiket atau berkonfrantasi. Kita perlu bersedia dan lebih hemat dalam berbelanja mulai sekarang!. Jika ada pilihan untuk menjana pendapatan tambahan, usahakanlah sesuatu untuk membantu kita “survive” kesan kenaikan harga barang nanti.

Sedih dan kasihan kepada rakyat yang miskin. Bertambah-tambah lagi beban mereka selepas ini. Inilah teori ekonomi kapitalis yang menindas dan menekan golongan yang lemah. Apakah fungsi teknologi dan kemodenan jika tidak langsung mampu menangkis kapitalis ekonomi ini daripada terus menindas manusia!

Terima Kasih

One thought on “Bersedia dengan kenaikan harga barangan

Comments are closed.