Hukum melabur dalam ASN dan ASB adalah Harus

      Comments Off on Hukum melabur dalam ASN dan ASB adalah Harus
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Berikut ialah keratan akhbar Harian Metro Mutakhir hari ini, berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan hukum pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi masyarakat Islam di Malaysia.

“KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.
“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.”

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Sunday/Mutakhir/20080203174550

Apa pendapat anda?

Terima Kasih