Koperasi Permodalan Felda

      31 Comments on Koperasi Permodalan Felda
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Baru-baru ini, saya terjumpa satu thread perbincangan berkenaan dividen yang lumayan (14~15% setahun) yang dibayar oleh KPF (Koperasi Permodalan Felda) kepada ahlinya.

Selama ini, saya fikirkan hanya Bank Rakyat sahaja yang mampu membayar dividen setinggi itu. Rupa-rupanya saya terlepas pandang rezeki di depan mata.

Apa tidaknya, ayah saya ialah seorang peneroka felda, bukan baru, sejak dari tahun 1972 lagi. Memang saya tahu ayah saya ada mencarum sejumlah wang dalam KPF, tapi tidaklah banyak. Mungkin juga sebab tiada dorongan dan jumlah kewangan yang banyak juga kerumitan untuk urusan menambah modal menyebabkan ayah saya tidak terlalu beria-ia untuk menjaga portfolio pelaburan KPFnya.

Lantas dengan bantuan Internet dan Pelayar web, saya melayari laman http://www.felda.net.my/KPF/ untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan KPF. Ooo La La!.. rupa-rupanya anak peneroka juga boleh menjadi ahli!. Ini sudah bagus, tambahan pula, portfolio pelaburan KPF adalah dalam sektor yang diluluskan oleh syariah!. Jadi tak perlu lah saya was-was lagi.

Sekembali ayahanda saya dari mengerjakan haji nanti (23 Januari), bolehlah saya pinjam kad pengenalan beliau sekejap 🙂 untuk difotokopi. Lepas tu, saya akan isi borang keahlian dan akan mula mencarum untuk pelaburan jangka panjang, insyaAllah.

Terima Kasih

31 thoughts on “Koperasi Permodalan Felda

  1. boy

    salam..

    saya juga salah seorang anak peneroka felda,tp masih menuntut di salah sebuah IPTA. Boleh x klu student mcm saya nak buat pelaburan kat KPF? di Maybank, student boleh buat loan, tanpa penyata gaji..so,klu kpf mcmaner pulak yer? tq…

  2. md

    boy,
    boleh asalkan berumur 18 tahun ke atas rasanya..

    Ini maklumat dari laman web KPF

    Siapakah yang layak menjadi anggota?

    1) Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik

    2) Koperasi-koperasi peneroka Felda

    3) Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas dan isteri

    4) Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi ahli Koperasi sebelum bersara

    5) Koperasi-koperasi kakitangan Felda

  3. tina

    Hi salam,
    Tumpang tanya… KPF bape minimum dan maximum deposit dia? Bleh tak ajar step by step sket camne nak melabur…
    p/s: Baru sedar juga kewujudan dan kelebihan KPF ni… Padahal lahir dan membesar kat felda… huhu…

  4. Ruzi

    salam,
    Saya pun anak felda gak. Dah lama tau pasal KPF (tau nama je), tapi tuntutan kerja menyebabkan lambat jari ni nak klik kat laman web KPF. Last-last tadi terklik. La.. ropanya, borang masuk ahli pun ada kat situ, dah download pun, mesti isi lepas ni. So, apa tunggu lagi, marilah kita ramai-ramai sebagai anak peneroka felda melabur dalam KPF.

  5. md

    Alhamdulillah, tadi saya call KPF, permohonan keahlian saya telah diluluskan. Deposit minimum untuk melayakkan mendapat dividen tahunan ialan RM100 sahaja. Maksimum deposit untuk satu keluarga (bukan per individu) ialah RM250,000. Jadi kalau ramai adik beradik, kenalah bermesyuarat untuk tentukan berapa had maksima setiap ahli keluarga boleh carum 🙂

    Deposit digalakkan dimasukkan menerusi Cek ke atas nama:
    Koperasi Permodalan Felda” . Tulis nombor keahlian, nama dan no. telefon anda dibelakang cek. Cek boleh dipos ke alamat berikut (seperti diberitahu oleh pegawai KPF menerusi telefon):

    Koperasi Permodalan Felda Berhad
    Blok J, Anjung Felda
    Jalan Maktab
    54000 Kuala Lumpur

    Untuk semakan no. ahli bagi yang telah memohon, boleh hubungi nombor telefon berikut dan berikan no. kad pengenalan anda:
    03-26970502 / 03-26942095

    Semoga dapat membantu kepada yang bertanya 🙂

  6. PERAK SUT A/L SING

    Selamat sejahtera kpad semua.Saya ingin bertannya berkenaan dividen KPF 2008, bila akan diumumkan dan pada bulan apa dividen akan dibayar? Sebab LTAT dah umumkan 16% untuk tahun 2008. Sekian, terima kasih.

  7. sears

    saya anak peneroka, saya ingin bertanya sekiranya saya telah meningal dunia adakah anak2 atau isteri boleh mengunakan no ahli saya utk mengekalkan keahlian dlm saham KPF ini?

  8. rubbiah muhamad

    assalamualaikum,sy nak tahu ,sy bukan ahli felda @felcra,tapi sy teramat bminat untuk mdaftar nama sy sbg ahli baru,adakah pendaftaran saya akan di luluskan

    1. md Post author

      rubbiah, takleh jadi ahli KPF kalau bukan staff Felda/anak syarikat, ahli keluarga peneroka.
      BTW, dividen KPF tahun tahun lepas (2008) 12.5% mengikut yang saya dengar.. wow!

  9. abi jibril

    assalamualaikum…saya nak tanyer..ayah tiri saya peneroka felda.boleh tak saya mendaftar sebagai ahli??????????

  10. md Post author

    @abi jibril, kena call KPF direct lah tanya. Pasal dalam borang kena sertakan IC ayah & sokongan dari pengurus/ketua felda tempat tinggal ayah. So maybe dia tengok jugak “bin atau binti” nama kita dalam IC. Apa2 pun, cuba call KPF tanya – 03-26970502 / 03-26942095

  11. CocoNut

    saya dah tahu lama psl KPF.sbb anak peneroka.malah kami adik beradik belajar tinggi2 dengan jasa saham KPF lah.walau x byk.tp saya silap, x mulakan dari awal walaupun modal rendah.sekarang baru terhegeh2 nak apply.tu pun saya call kpf dia kata pemprosesan ambik masa 4 bulan.ho2.lamanya.

    hrp2 in future kpf x limit kpd 250k sekeluarga:D

  12. CocoNut

    nak juga mintak nasihat.

    cara bayaran dividen yg mana paling baik?

    1)bayaran tunai/cek
    2)dikreditkan ke akaun maybank
    3)dipermodalkan.

    pasal nak decide nih la, borang saya dh b’kurun tak anta.hu2.

  13. Contra

    setahu saya dividen dibayar melalui cheque tetapi boleh juga diabur semula. Cuma saya x pasti jika jumlah pelaburan dah penuh (250k), boleh kah dividen dilaburkan semula sama seperti apa sistem ASB?
    Ada sesiapa boleh beritahu?
    Terima kasih

    1. md Post author

      elok telefon terus KPF untuk kepastian. Masa isi borang dulu, ada dia mintak no account bank untuk pembayaran dividen dimasukkan ke situ (kalau kita tick suruh transfer dividen tahunan terus ke account bank). aku pun tak pasti lebihan dividen kalau account dah penuh 250K boleh biarkan beranak-pinak dalam tu atau dia suruh keluarkan. Kalau Bank Rakyat, dia bagi surat suruh ambik dividen tahunan, mungkin sebab ada orang yang dana dia terlampau banyak sampaikan melimpah2 bila dividen diagihkan tiap-tiap tahun, susah pengurus dana nak pegang banyak2.. hehehe..

  14. Contra

    kepada md, terima kasih. saya akan hubungi KPF utk kepastian.
    belum ada tanda2 berapa agaknya dividen utk last year???

  15. fatimatuzzaharah

    boy, bleh tp rugi lh pinjam maybank n labur kt kpf… maybank interest 7%++ p.a. i suggest u daftar ahli, then simpan sket demi sket.. lama2 jd bukit jugak.. lgpn u tkde fixed salary lg so jgn wat hutang…

  16. fatimatuzzaharah

    contra… hrp2 more than 14%…. ihik kayo macik weh….. rugi tak melabur dr thn 2007…2007 dividen 16.5 tp turun 12.5 thn 2008.. apa pun,syukur dgn rezeki allah bagi.. kpd ank2 peneroka n kakitangan felda… ambil kesempatan ini utk melipatgandakan kekayaan anda…

  17. fatimatuzzaharah

    kpd kwn2, dividend dibayar melalui 2 cara, samada diniagakan semula(sijil ikut tarikh announcement dividend), atau melalui cash(samada amek di pjbt felda berhampiran ataupun akan di kredit ke akaun maybank)

  18. contra

    @fatimatuzzaharah
    Fatimatuzzaharah, saya pun anak peneroka, kalau x ambil kesempatan rugi. bukan semua orang layak menjadi ahli. betulkata awak tu, biar berdikit dikit lama lama jadi bukit. cuma saya x pasti jika jumlah plaburan sudah mencapai tahap maximum 250k, boleh ke dividen dilaburkan semula sama seperti asb?

    but for last year performance, probably the dividen will be a little bit lower because of lower price of commodities. you can check the klci index which was not so good especially after middle of 2009. furthermore felda had spent much money for so many things such as football team etc. that is a clear indication. tq

  19. zaha

    geng nk kongsi pengalaman, aku pnjam kat maybank buat loan kpf, senang gak takyah susah- susah cari orang utk labur semula, pastu pelaburan kta cpt matang klau ckt-2 lambat lgpun nk uruskan lecehlah, interest dia agak tinggi tp msh ada untung dgn dividen kpf skrg, target aku sblum 2 tahun aku nk setelkan …aku benci dgn bunga dia tu, cuma macam maybank tolong belikan saham tu utk aku.maybank blum ada sistem islam utk kpf.. aku doa minta diaorg adakan di msa dpn supaya rmai lg yg minat utk melabur..aku buat pnjman 10k jer dulu.. sbuln 1oo lbh ckit..

  20. CONTRA

    confirmed dividen dah masuk 10%, balance 4% will be paid late, i think before syawal.

  21. fendi

    untung melabur ni , tak rugi kalau ada wang lebih kpf labur , asb labur . awal tahun dapat bonos asb , bonos majikan dan tengah tahun dapat bonos kpf pas tu dekat raya lak dapat baki bonos kpf lagi……..nak menabung kena pandai jimat le………….

Comments are closed.