Pinjaman Perumahan – Fixed vs. Floating rate?

      Comments Off on Pinjaman Perumahan – Fixed vs. Floating rate?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

InsyaAllah, jika segalanya berjalan lancar, saya akan membeli sebuah hartanah di Kg. Datuk Keramat berharga RM260 ribu, berdekatan stesen LRT Damai.

Hartanah ini ialah rizab Melayu dan mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun (berbaki 68 tahun).  Saya mendapat tawaran ini daripada rakan sepejabat adik saya, yang kebetulan mencari pembeli yang berminat.

Menyedari peluang di depan mata, walaupun terpaksa menanggung tambahan liabiliti, saya cuba berunding dengan Penjual untuk mendapatkan harga terbaik. Rumah berkenaan sekarang ni disewa oleh 3 penyewa (ada 3 pintu), dengan purata pendapatan sewaan sebanyak RM1,450 sebulan. Saya bercadang untuk menggunakan bahagian hadapan rumah untuk kegunaan keluarga saya bila perlu. Jadi sewaan untuk 2 pintu selebihnya dalam anggaran RM800 sebulan.

Setelah rundingan dibuat dengan beberapa bank ternama, saya mempunyai pilihan samada mengambil pinjaman secara bayaran tetap (fixed monthly repayment) ataupun secara kiraan BLR – % faedah (pinjaman Mudharabah islamik yang baru).

Banyak juga masa saya habiskan untuk menilai baik-buruknya pilihan di atas. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Memandangkan saya jenis low-risk taker, saya akan memilih pinjaman “fixed rate” secara Mudharabah.

Memang agak tinggi sedikit berbanding dengan “floating rate” pada awal-awal tahun pembayaran, tetapi saya sanggup untuk bertahan dengan harapan, ada kenaikan gaji pada tahun-tahun berikutnya yang dapat mengurangkan beban bayaran bulanan saya nanti. Tambahan pula, pendapatan dari sewa bulanan yang saya boleh naikkan 5-10 % setiap 2 tahun akan dapat membantu.

Di Internet, banyak ulasan berkenaan pertimbangan untuk memilih samada pinjaman secara “fixed rate” lebih baik atau tidak berbanding “floating rate”.  Saya senaraikan beberapa laman yang saya baca ketika membuat pertimbangan ini:

http://www.rediff.com/money/2003/dec/22spec.htm

http://www.usj.com.my/bulletin/upload/printthread.php?t=7774

http://www.rhbislamicbank.com.my/index.asp?fuseaction=financing.homefinance

http://afidie.com/blog/index.php?s=wangsa

http://www.tcalc.com/all_calcs.html

Terima Kasih